Korban lembu Selangor: Gerak kata MB rasuah, MB kata derma

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Laman berita Malaysiakini melaporkan bahawa Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.


Laman Selangor Kini melaporkan “Gerak Malaysia mendakwa peruntukan sebanyak RM110,400.00 digunakan menteri besar Selangor melalui Selangor Industrial Corporation (SIC) Sdn Bhd yang didakwa sebagai anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk membiayai pembelian berkenaan.”


Ini jawapan MB Selangor


Mengulas dakwaan itu, Abdul Khalid berkata lembu korban terbabit telah didermakan oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


“Difahamkan syarikat-syarikat tersebut telah menaja peruntukan pembelian lembu korban bagi kawasan Bandar Tun Razak atas dasar tanggungjawab sosial korporat tanpa arahan dari mana-mana pihak di peringkat kerajaan negeri,” kata Abdul Khalid.


Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) petang 21 Januari 2009 berkata beliau tidak tahu menahu mengenai syarikat mana yang terlibat dalam pembelian itu.


Abdul Khalid berkata sebagai pengerusi PKNS, beliau mencadangkan anak syarikat kerajaan negeri mengagih-agihkan lembu korban kepada setiap masjid di Selangor.


Katanya, PKNS pula biasanya mendapatkan bekalan lembu yang dibeli daripada PKPS.


Jelasnya, jika beliau sebagai pengerusi PKNS mengarahkan SIC membeli lembu untuk diagihkan di kawasan parlimen beliau sendiri, sudah tentu wujud konflik kepentingan peribadi.


Beliau berkata sebagai seorang yang berpengalaman dalam banyak syarikat korporat sebelum ini, beliau sangat memahami bagaimana mewujudkan tadbir urus yang baik.


“Peruntukan kerajaan negeri hanya boleh digunakan untuk kegunaan negeri sahaja.” Beliau berkata Gerak wajar membuat ‘homework’ agar ia tidak dilihat seperti digunakan pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik.


Abdul Khalid juga menyatakan kesediaannya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.


Syabas Tan Sri Khalid! Jika YAB benar, tidak perlu takut. Saya sebagai rakyat Selangor akan mengikuti perkembangan isu ini. Kita dapat lihat nanti siapa yang benar, insyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

nie le nama nya sandiwara politik!! bila dah jadi pembangkang inilah kerjanya..jadi PR merasalah bagaimana BN rasa!!!!!

Anonymous said...

Semua orang tahu GERAK=EZAM. Orang macam EZAM, adalh lebih rendah dari binatang. Apa yang kita nak dari seseorang yang tak ada prinsip dan moral langsung?. EZAM ini sudah kehilangan modal dan kegunaannya pada UMNO. Sebab itu EZAM sedang berusaha dengan macam orang gila untuk menarik perhatian UMNO. Kesian Si EZAM ini.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger