Pakatan Rakyat konsisten perjuang hak rakyat berbilang kaum

Pakatan Rakyat sentiasa berjuang secara konsisten dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, kata calon PAS parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut kepada pemberita ketika melakukan ziarah peniaga-peniaga di gerai sekitar Kampung Tiong Kuala Terengganu baru-baru ini

"Kita menentang kezaliman atas nama Islam, dan ianya bukan masalah membabitkan bangsa.” Menurutnya, pelaksanaan beberapa dasar serta undang-undang seperti ISA serta amalan diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau agama tidak wajar diteruskan.


Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam menyatakan akan terus turun mendekati masyarakat bukan Melayu sekitar bandar Kuala Terengganu bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.


Mohd Abdul Wahid juga menjelaskan bahawa rakyat bukan Islam tidak perlu takut dengan Hudud kerana ianya adalah dilaksanakan untuk masyarakat Islam sahaja.


"Hudud tidak perlu ditakuti kerana ianya adalah untuk orang Islam sahaja, lagipun ianya telah diluluskan oleh Sultan Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu pada 1999 lalu.


"Ia tidak boleh menjadi isu kerana sebelum ini pun tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana yang penting masyarakat Cina perlu tahu apa yang Pakatan Rakyat buat adalah untuk kebaikan mereka.”

Berkaitan:
Hu Pang Chaw: Komuniti bukan melayu di Pantai Timur faham hukum hudud

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger