Aku pernah susah. Setahun lebih aku bertatih mengurus dan membangunkan bisnes katering. Miskin, susah, sedih, kecewa, marah dan menangis. Hutang sewaktu aku bekerja makan gaji makin menumpuk, makin membingungkan.
Hendak bayar itu, bayar ini. Bank dan syarikat kewangan mengejar aku. Sebuah kereta diambil kembali oleh bank. Takut, bimbang dan resah saling bertingkah. Mahkamah menghantar saman si berhutang kepada aku. Terasa ingin mati!. Aku pasrah dan menyerah.
Ku serahkan nasib dan masa depanku kepada Allah. Aku terus berusaha membangunkan bisnes katering, dalam segenap kepayahan dan gundah gulana. Terkadang syaitan membisikkan kata-kata durjana, supaya aku memberontak dengan keadaan yang terjadi.
Tatkala itu juga naluri dalaman aku melawan dan berjaya membunuh hasutan syaitan durjana itu. Aku mengadu ke hadrat ilahi, semoga derita dan kecewa hati ini disembuhkan segera. Aku pohon seikhlas hati bantuan dan tuntunan Allah. Aku sujud menangis merayu belas dariNya. Aku bermunajat dan berdoa, pasrah akan ketentuan yang telah tersurat. Aku tahu, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Ianya penghapus dosa-dosa aku. Subhanallah.
Pernah banyak ketika aku dan isteri kehabisan wang langsung. Anak-anak ingin makan. Suatu ketika isteri aku bercerita bahawa dia pernah membelek-belek di segenap ruang dalam kereta mencari kalau-kalau ada wang yang terselit. Sebenarnya aku pun pernah berbuat demikian tanpa pengetahuan isteri.
“Ya Allah, murahkan rezekiku, majukan bisnes kateringku dan permudahkan segala urusan kehidupanku yang mendatang. Lindungi aku, isteri dan anak-anakku dari kepayahan yang tidak bisa kami hadapinya. Teguhkan rumahtanggaku, jadikan anak-anakku anak soleh dan solehah. Kuatkan iman aku, berikan ketabahan kepada hambaMu ini.”

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya.” (Surah asy-Syura ayat 27)
“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.” (Surah al-Isra’ ayat 29)“Ya Allah, letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku. Ampunkan dosa-dosa aku ya Rabb. HambaMu ini tidak akan berdaya menempuh badai tanpa bantuan dan cintaMu.”
Ku serahkan nasib dan masa depanku kepada Allah. Aku terus berusaha membangunkan bisnes katering, dalam segenap kepayahan dan gundah gulana. Terkadang syaitan membisikkan kata-kata durjana, supaya aku memberontak dengan keadaan yang terjadi.
Tatkala itu juga naluri dalaman aku melawan dan berjaya membunuh hasutan syaitan durjana itu. Aku mengadu ke hadrat ilahi, semoga derita dan kecewa hati ini disembuhkan segera. Aku pohon seikhlas hati bantuan dan tuntunan Allah. Aku sujud menangis merayu belas dariNya. Aku bermunajat dan berdoa, pasrah akan ketentuan yang telah tersurat. Aku tahu, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Ianya penghapus dosa-dosa aku. Subhanallah.
Pernah banyak ketika aku dan isteri kehabisan wang langsung. Anak-anak ingin makan. Suatu ketika isteri aku bercerita bahawa dia pernah membelek-belek di segenap ruang dalam kereta mencari kalau-kalau ada wang yang terselit. Sebenarnya aku pun pernah berbuat demikian tanpa pengetahuan isteri.
“Ya Allah, murahkan rezekiku, majukan bisnes kateringku dan permudahkan segala urusan kehidupanku yang mendatang. Lindungi aku, isteri dan anak-anakku dari kepayahan yang tidak bisa kami hadapinya. Teguhkan rumahtanggaku, jadikan anak-anakku anak soleh dan solehah. Kuatkan iman aku, berikan ketabahan kepada hambaMu ini.”
0 comments:
Post a Comment