Berita Selangor: Ahli Parlimen dan Adun PR Bertemu

Bagi mengukuhkan lagi permuafakatan di kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, satu pertemuan bersama telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam pada Jumaat lepas.

Pertemuan yang dihadiri hampir kesemua Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat itu jelas menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga parti gabungan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP di Selangor masih utuh walaupun ada sesetengah pihak cuba mengkucar-kacirkan kerajaan PR dengan menyebarkan pelbagai berita tidak benar.


Dalam pertemuan itu Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor turut meminta Adun PR di negeri ini mengenepikan hal remeh-temeh yang boleh menjejaskan hubungan erat ketiga-tiga parti.


Katanya, permuafakatan yang lebih erat dan persefahamanan perlu ada dalam parti bagi menangani dakyah serta tohmahan parti lawan.


Selain membincangkan isu-isu terkini di peringkat negeri, pertemuan tersebut turut menyentuh isu berkaitan dua kerajaan negeri PR yang lain iaitu Perak dan Kedah yang akan mengadakan pilihan raya kecil tidak lama lagi.


Sementara itu, Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata pihaknya yakin tidak akan berlaku sebarang lompat parti membabitkan pemimpin PR di Selangor.


“Setakat hari ini kita yakin di Selangor tidak akan berlaku perkara seumpama itu. Dengan semangat setiakawan yang ada di kalangan kita, perkara ini tidak akan menjadi isu,” katanya.


Dalam pada itu katanya, PR Selangor akan tetap mengikuti perkembangan semasa di Perak dan menyokong kepimpinan Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.


P/s: Elizabeth Wong, apa khabar? Diharap terus tabah. Ingat, tidak mudah menjadi pemimpin, semuanya dipersoalkan oleh rakyat.
Laporan polis Elizabeth Wong seperti dilaporkan oleh laman berita Malaysiakini di sini.

(Gambar: Salah satu majlis perkahwinan yang menggunakan perkhidmatan katering yang saya sediakan)

1 comments:

Anonymous said...

Bukan mudah menjadi wakil rakyat. Semua wakil rakyat PR SEMESTINYA BERSIH DAN KELIHATAN BERSIH. Jangan menjadi seperti wakil rakyat (baca WAKIL PERUT) BN!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger