
Ikuti kenyataan beliau seterusnya.
YB Elizabeth terkenal sebagai seorang aktivis alam sekitar. Beliau tegas di dalam usaha-usaha untuk melindungi alam semulajadi. Saya yakin ramai yang tidak puas hati dengan ketegasan beliau ini. Sama ada pemaju yang tidak boleh melakukan sebarang pembangunan di cerun kelas 3 dan 4 kerana polisi Kerajaan Negeri yang menghalang pembinaan di cerun-cerun itu atau pemilik kilang yang pernah diambil tindakan kerana mencemar alam sekitar.
Jika ini benar maka saya amat bimbang kerana Exco-Exco lain yang tidak “memihak” kepada pihak-pihak tertentu akan turut menjadi mangsa. Hari ini mungkin foto-foto YB Elizabeth, esok mungkin Exco-Exco yang lain akan diperangkap. Bukan susah untuk memerangkap atau memfitnah seseorang. Seorang lagi Exco, YB Dr. Halimah Ali baru-baru ini difitnah telah ditangkap berkhalwat walhal pada ketika itu beliau berada di dalam satu majlis rasmi dan JAIS menafikannya.
Hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini tetapi Selangor mungkin akan kehilangan seorang Exco yang berwibawa, tegas, prihatin dan adil. Beliau lantang memperjuangkan hak seluruh rakyat
Banyak pihak mahu YB Elizabeth dikenakan tindakan jika terdapat sebarang salah laku tetapi trauma yang beliau lalui sejak Isnin lepas mungkin sudah memadai sebagai satu hukuman. (Sumber: Blog Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad)
Berkaitan:
Dalam perkembangan yang sama PAS Selangor dipetik sebagai berkata oleh laman berita Malaysiakini bahawa “Dalam satu kenyataan hari ini, PAS Selangor mengutuk penyebaran gambar bogel Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan serta mengalu-alukan siasatan polis terhadapnya.”
Baca laporan penuh Malaysiakini di sini.
0 comments:
Post a Comment