Muka-muka PENGKHIANAT amanat rakyat Perak! (Kemaskini)

Tatap, ingat dan ceritakan kepada rakyat dan generasi mendatang bahawa inilah PENGKHIANAT mandat rakyat Perak. Wakil rakyat yang telah dipilih, tetapi mereka bermuka-muka dan umpama kacang lupakan kulit!

Jangan lupa ceritakan juga kepada anak cucu kita bagaimana Najib Tun Razak bermain KOTOR dalam politik pemerintahan!


Sultan Perak akan buat keputusan Khamis (Siasah)


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak hari ini, Khamis 5 Februari 2009.


Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.


Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat Ipoh.


Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.


"Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat al-Quran," katanya.


Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."


Kemaskini dari Malaysiakini:


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.


Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.


Bercakap dalam satu sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi, Mohd Nizar berkata saranan Najib yang juga timbalan perdana menteri itu, tidak mencerminkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negeri Perak.


Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.


Beliau mengingatkan bahawa proses menukar kerajaan "tidak sama seperti menukar 'warung kopi".


Mohd Nizar juga membidas Najib kerana didakwanya cuba mengambil alih kuasa di Perak melalui cara yang tidak sah.


Aku sayangkan Malaysia. Aku sayangkan Islam dan PAS. Justeru kerana sayangkan Islam, aku sangat berharap pemimpin PAS pandai bersilat di medan politik mutakhir ini.


Bak kata teman, “PAS perlu dahulukan Islam dari politik pemerintahan. Kekalkan fikrah perjuangan sebagaimana Ikwan Muslimin terus memacu Islam demi perjuangan mereka.”


Jangan gadaikan prinsip Islam demi survival politik sempit. Aku sangat percaya, jika PAS kekal dengan prinsip Islam, parti Islam ini akan berjaya. Parti ini akan dihormati kawan dan lawan. Pastinya Allah akan menurunkan bantuanNya.


Pakatan Rakyat serta wakil-wakil rakyat yang dipilih juga akan dihormati jika tidak terbelenggu dengan budaya GILA KUASA dan GILA DUIT!


Isu yang berlaku di Perak sekarang bukan lagi perkara baru, sebaliknya merupakan kerja jahat yang diwarisi Umno sejak tahun 1961. Peristiwa itu berlaku di Terengganu, di mana kerajaan PAS yang diketuai Allahyarham Daud Samad tumbang melalui undi tidak percaya dibawa Perikatan.


Sebelum itu PAS menubuh kerajaan di Terengganu melalui pilihan raya umum pertama pada 1959 dengan memenangi 13 dari 24 kerusi Dun, namun Perikatan membeli empat wakil rakyat PAS dengan pelbagai tawaran.
Perikatan pula memenangi tujuh kerusi dan empat kerusi dimenangi Parti Negara.


Dan akhirnya kerajaan negeri di bawah PAS tumbang melalui undi tidak percaya.

Manakala di Kelantan seramai lima wakil rakyat PAS dikurung selama sebulan pada 1968 bertujuan meruntuhkan kerajaan PAS, namun gagal.

Berkaitan (sebelumnya):
Politik kotor lagi MAHA JIJIK

2 comments:

Anonymous said...

cuba yg 4 ekor ni sokong PAS, kau angkat dia kata khalifah, ....sapa yg sokong lompat parti kalau tak tuan gurau musridul am kau tu. heh...

itu hari sibuk ketua pembangkang kau nuar brahim kata nak tubuh k'jaan, mana k'jaan kau tu?? nizar pembohong kata ada 3 adun nak lompat parti dari umno ke pas...mana dia.??

ckp bohong, mengata org, kafirkan org dah jadi pakaian rasmi PAS, tu la sbb tuhan tak suka, kepada si nizar... siakap senohong gelama ikan duri beckp bohong lama2 jadi MB (10bln je)... kui kui kui...

Selama.

Anonymous said...

Sahabat tanpa nama di atas,

Alhamdulillah...

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger