Ahli Pas Tidak Akan Lompat Parti - Hasan Ali

Lompat, sorok, culik atau gila kuasa? Apa sudah jadi dengan ahli-ahli politik Malaysia dan dunia politik negara ini? Kalau untuk kebaikan tidak mengapa. Apa yang dibimbangkan ialah permainan kuasa yang gila oleh pihak tertentu. Adakah mandat rakyat dipermainkan?

Laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, AgendaDaily dan mStar Online terus menerus menerbitkan berita berkaitan. Sudah semestinya RTM dan TV3 terus menerus memburukkan keadaan.


Semalam, Jumaat 6 Februari 2009, Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dipetik oleh SelangorKini online bahawa perbuatan melompat parti tidak akan sesekali berlaku di kalangan pemimpin dan ahli Pas negeri ini kerana aspek tarbiyyah dan usrah menjadi tunjang kekuatan parti ini. Menurut beliau, keyakinan itu juga bersandarkan sistem yang diamalkan oleh partinya yang tidak sama seperti parti-parti lain di negara ini.


Dato’ Dr Hassan berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kemungkinan akan berlaku perbuatan lompat parti di Selangor dalam konteks parti Pas Selangor.


“Dalam Pas, kita ada satu sistem yang kita panggil tarbiyyah, di mana kita didik manusia, dia datang sahaja pada Pas pada hari pertama, jiwa dan hatinya sudah dididik,” katanya menambah setiap ahli parti disuruh supaya taat kepada Allah dan Rasul-Nya selain taat kepada kerja, tugas serta pemimpinnya.


“Senario melompat parti seperti yang berlaku di negeri Perak sedikitpun tidak menggusarkan barisan kepimpinan Pas Selangor malah yakin perkara itu tidak akan berlaku kepada beliau, pemimpin dan juga ahli Pas yang lain.


Menurutnya,di samping mengamalkan tarbiyyah, pemimpin dan juga ahli Pas juga mengamalkan usrah dalam parti.


“Usrah merupakan himpunan setiap minggu atau bulanan antara kita. Kumpulan ini terdiri daripada 10 hingga 15 orang.


“Dan daripada kumpulan-kumpulan inilah kita akan timba ilmu, pengalaman dan yang paling penting kita timba satu perubahan minda dari sini,” jelasnya yang selalu mengikuti usrah yang diadakan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Beliau berkata, usrah terdapat dalam beberapa peringkat iaitu usrah peringkat tertinggi, usrah peringkat pertengahan dan usrah peringkat bawah.


“Semua ahli Pas wajib hadiri usrah ini untuk membersihkan rohani dan oleh sebab itu agak sukar untuk ahli Pas melompat parti kerana perlembagaan parti Pas adalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah,” katanya.


Menurut beliau, selagi ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah mereka akan taat.


“Sekiranya melompat itu menderhaka kepada parti, melompat itu (juga) menderhaka kepada perjuangan (kerana) saya tidak pernah diajar malah Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajar kita melakukan sesuatu perkara yang merugikan perjuangan, yang merugikan bangsa, yang merugikan negeri dan juga negara.


“Pada saya lompat-melompat ini termasuk dalam kategori merugikan semua orang,” katanya.


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western. Click here.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger