Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka".
"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita... yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya pada sidang akhbar di Rumah Pena di sini, hari ini.
"Kita tidak menentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu bahasaMalaysia sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.
Beliau berkata, apa yang patut dilakukan kerajaan ialah mengembalikan pengajaran mata pelajaran itu dalam bahasa Melaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan selain meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar. (Sumber: mStar Online)
PAUTAN KHAS: Koleksi gambar perarakan membantah PPSMI 7 Mac
Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka".
"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita... yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya pada sidang akhbar di Rumah Pena di sini, hari ini.
"Kita tidak menentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu bahasa
Beliau berkata, apa yang patut dilakukan kerajaan ialah mengembalikan pengajaran mata pelajaran itu dalam bahasa Melaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan selain meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar. (Sumber: mStar Online)
PAUTAN KHAS: Koleksi gambar perarakan membantah PPSMI 7 Mac
0 comments:
Post a Comment