Najib berikan ranting zaitun – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelawaan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam (10 Mac 2009) supaya kerajaaan dan pembangkang sepakat dalam menangani masalah ekonomi umpama 'menghulurkan ranting zaitun', pelawaan itu tidak ada gunanya jika pada masa yang sama, rakyat 'ditikam' dengan pelbagai tindakan zalim dan ditindas.

"Sekonyong-konyong dalam ucapan semalam, (kerajaan) memberikan ranting zaitun ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara. Kita tak pernah berhujah menolak apa sahaja usaha (memulihkan ekonomi) tetapi jangan anggap orang mudah lupa, kita sediakan ranting zaitun, kita sediakan keris kemudian tikam dalam masa yang sama.


"Kita berikan ranting, kita tikam rakyat...buang mereka dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), lempar fitnah yang keji terhadap mereka, rampas kuasa mereka seperti yang berlaku di Perak kemudian berikan ranting zaitun.

"Orang yang berikan ranting zaitun ini perlu dibaling dengan durian, melainkan ranting itu diberikan secara konsisten.”

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger