Melayu derhaka kepada siapa?

Dalam komuniti umat Melayu, perkataan derhaka merupakan satu kata yang amat keramat. Orang-orang tua mengajar anak-anak supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa dan emak / bapa saudara, atuk dan nenek. Islam mengajar supaya jangan menderhaka kepada ajaran nabi-nabi, ulamak dan pemimpin.

Budaya Melayu juga melarang kita supaya tidak derhaka kepada raja dan sultan. Perbuatan atau perkataan yang diluahkan yang boleh dikategorikan menderhaka kepada raja dan sultan amat dipegang kejap dalam budaya Melayu, sejak dulu. Ini patut diamalkan, insyaAllah.

Tetapi umat Melayu jarang terkejut, malah kadang-kadang agak dilupakan bahawa derhaka yang maha besar ialah kepada Allah. Perhatikan kata Allah dalam al-Quran berikut:
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.” (Surah al-Alaq, ayat 15-16)
Menurut tafsir dan tatabahasa Arab, setiap ayat yang dimulakan dengan kalimah ‘Kalla’, ia bertujuan memberi amaran atau menggertak. Tidak takutkah kita terhadap gertakan dan murka Allah? Saya amat takut!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger