Selepas dua hari selesai satu katering perkahwinan, saya bergegas balik ke Pahang bersama adik dan emak atas satu urusan agak tergempar. Rumah emak saya di sana sekali lagi dimasuki pencuri. Seingat saya itu adalah kali yang keempat rumah emak dipecah masuk.
Berita tersebut disampaikan oleh jiran sebelah rumah yang sememangnya diminta mengawasi rumah sepanjang ketiadaan emak dan adik yang bercuti ke Kuala Lumpur. Emak menjadi risau tidak menentu, lantas menyuruh saya supaya menghantar beliau balik ke Jerantut, Pahang.
Kes pecah masuk tersebut dapat dikesan oleh jiran tatkala mendengar ada barang jatuh, sekitar jam 5.00 pagi. Sebaik sahaja lampu disuluh ke arah rumah, pencuri tersebut lari serta-merta, meninggalkan satu peti TV yang tidak sempat dibawa.
Kami sampai di rumah sebelum waktu Maghrib. Emak terus memeriksa keadaan rumah; kamar dia dan kamar-kamar lain. Agak berselerak kerana diselongkar oleh pencuri itu. Alhamdulillah tiada barang berharga yang hilang, cuma lamput picit sahaja yang lesap. Menurut emak, lampu tersebut baru sahaja dibeli, hilang lagi!
Sebenarnya dalam kecurian yang terdahulu, beberapa barang kemas emak dan wang tunai sudah dikebas. Nasib baik kali ini emak sudah bersedia awal, semua barang kemas serta wang dibawa bersama sewaktu datang ke Kuala Lumpur. Menurut emak, dia percaya orang yang sama terlibat.
Kampung saya adalah sebuah perkampungan Felda di Jerantut. Saya terfikir, hendak jadi apa dengan budak-budak Melayu di rancangan Felda ini. Dari pengamatan saya dan cerita yang diberitahu oleh orang-orang tua, ada segelintir generasi kedua peneroka Felda di sana terlibat dalam gejala dadah. Justeru oleh kerana ketagihan benda haram tersebut, anak-anak peneroka yang tidak sedar diri itu memecah masuk rumah orang mencuri barang-barang bagi dijual.
Dalam kes yang lain, semasa membelok kereta memasuki jalan menuju ke rumah emak, saya melihat berbelas-belas remaja yang tergolong dalam generasi kedua (mungkin generasi ketiga?) peneroka, sedang melepak atas motor di selekoh jalan. Entah apa mereka buat. Saya lihat sekadar berkumpul dan berbual kosong, tanpa isi. Sudahlah waktu menghampiri solat Maghrib. Hati saya bermonolog, “Hendak jadi apa dengan budak-budak ini?”
Siapa yang hendak dipersalahkan?
Mungkin inilah antara kemelut yang dipaparkan dalam buku ‘Felda Dulu Tolong sekarang Along' oleh saudara Mazlan Aliman. Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) itu mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang bertangungjawab menjaga kebajikan peneroka bukannya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.
Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhannya sebagai agensi kerajaan. Sekarang sudah menjadi entiti bisnes. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan, ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996. (Artikel penuh di sini).
Dalam perkembangan terkini, penulis buku Mazlan Aliman membuat tawaran dan cabaran terbuka kepada Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF), Dato' Ramli Ismail untuk berdebat mengenai isu-isu yang dibangkitnya di dalam bukunya itu.
Harakahdaily memetik beliau sebagai berkata bahawa apa yang beliau tulis di dalam buku berkenaan adalah hasil kajian yang dibuatnya selepas mengadakan lawatan ke hampir keseluruhan rancangan Felda di Malaysia, bertemu dengan masyarakat peneroka serta generasi baru Felda termasuk juga peserta Felda Plantations.
"Ia dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai generasi kedua Felda yang menghabiskan banyak masa bersama masyarakat bawahan Felda. Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan daripada perjuangan ini, jauh sekali untuk mencari kekayaan melalui perjuangan ini sebagaimana pihak tertentu yang berkepentingan serta kaya raya hasil penat lelah peneroka.”
Saya bersetuju dengan pandangan saudara Mazlan yang ‘menyifatkan perjuangan generasi baru Felda masih jauh dari sasaran.’ Ini kerana generasi baru Felda, seperti peristiwa yang emak dan saya alami, sedang berdepan dengan cabaran dan pelbagai masalah yang paling asas seperti perumahan, peluang pekerjaan , gejala sosial dan sebagainya. Masalah keperluan asas mereka pun masih belum selesai oleh Felda dengan sebaiknya. (Artikel penuh di sini)
Saya juga generasi kedua Felda. Ya, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana saya antara anak-anak peneroka yang sudah berjaya. Dapat belajar sehingga ke universiti. Tetapi generasi lain yang agak tercicir, adakah kerajaan dan Felda hanya berlepas tangan?
Hanya mengaut keuntungan berlipat kali ganda, tetapi kebajikan peneroka dan anak-anak terus diabaikan. Sudahlah memerah tenaga ayah dan emak saya, serta ibu-bapa orang lain, dalam masa yang sama MEROMPAK titik peluh mereka!!

2 comments:
FELDA ialah badan berkanun kerajaan persekutuan.
Jadi salah siapa?
UMNO?
Kebodohan setengah orang Melayu yang mati-mati sokong UMNO?
Nama UMNO pun bukan nama Melayu.
Salam Vinnan,
Terima kasih atas komen & jejak.
Post a Comment