
Khairy mendakwa penulis buku itu, Yahaya Ismail, pernah menemuinya sebelum ini dan meminta bayaran RM100,000 bagi menghentikan niatnya mengeluarkan buku itu.
Ketika dihubungi mStar Online, Yahaya mempertahankan kandungan buku tersebut dengan menegaskan, beliau pula akan membuat laporan polis esok (hari ini). Jelas Yahaya, apa yang ditulisnya adalah berdasarkan fakta dan pandangan beliau sebagai seorang penulis bebas.
Yahaya berkata, ini bukan pertama kali beliau menulis tentang Khairy kerana pada 2005 turut menulis buku Khairy Jamaluddin Bakal PM yang dikatakan turut mengkritik Khairy.
P/s: Saya akan ikuti perkembangan ini secara rapat kerana saya pun hantu buku.
Pautan: Khairy Jamaluddin Bakal PM
Buku Pak Habib: Khairy bakal PM ke-7 Malaysia?
0 comments:
Post a Comment