"Ugut tahi minyak apa? Ugut (itu) macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada (ugutan). (Pertemuan) ini bisnes.
"Kalau (Khairy) nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau," katanya seperti mana dilaporkan oleh Malaysiakini.
Artikel sebelumnya:
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalam (Ahad, 22 Mac ’09) membuat laporan polis berhubung penerbitan buku `Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin’ yang didakwanya memaparkan banyak kandungan fitnah terhadap beliau. Ahli Parlimen Rembau itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.15 pagi ini ditemani perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka
Khairy mendakwa penulis buku itu, Yahya Ismail, (foto kiri) pernah menemuinya sebelum ini dan meminta bayaran RM100,000 bagi menghentikan niatnya mengeluarkan buku itu.
Ketika dihubungi mStar Online, Yahaya mempertahankan kandungan buku tersebut dengan menegaskan, beliau pula akan membuat laporan polis esok. Jelas Yahaya, apa yang ditulisnya adalah berdasarkan fakta dan pandangan beliau sebagai seorang penulis bebas.
Yahaya berkata, ini bukan pertama kali beliau menulis tentang Khairy kerana pada 2005 turut menulis buku Khairy Jamaluddin Bakal PM yang dikatakan turut mengkritik Khairy.
0 comments:
Post a Comment