.jpg)
Allah berkata dalam al-Quran:
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah”. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar (pemimpin) kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”. (Surah al-Ahzab, ayat 66-67)
Maksud ayat di atas ialah Allah menjelaskan kepada kita bahawa terdapat di kalangan ahli neraka itu orang-orang yang bersetuju dengan pemimpin dan pemerintah yang terpesong dari ajaran Allah. Azab sengsara yang dikenakan kepada kita dalam neraka lantaran kita mengikut dan memilih pemimpin tidak berdasarkan ajaran Islam.
Ahli-ahli neraka itu biarkan sahaja siapa yang memerintah mereka di dunia, membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah, dan membutakan mata dan hati terhadap sebarang undang-undang yang tidak bertunjangkan al-Quran dan ajaran Rasulullah.
“Ya Allah, lindungi aku, isteriku, anak-anakku dan zuriatku dari menjadi hamba kepada sesama manusia. Hanya padaMu Allah yang aku sembah.”
(Petikan dari buku Mutiara 2 Tok Guru. Diubah suai sedikit)
0 comments:
Post a Comment