ADUN Chempaka merangkap Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan, Selangor, Iskandar Abdul Samad menulis dalam blognya mengenai ugutan pengusaha restoran mamak.
Ugutan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) untuk menaikkan harga teh tarik dan roti canai jika kerajan Persekutuan bertegas menaikkan levi pekerja asing adalah satu tindakan yang tidak patrotik, tegas Iskandar.
Saya sokong sepenuhnya pandangan dan saranan YB kawasan saya ini. Iskandar menempelak mereka dengan berkata, “Ketika begitu ramai rakyat diberhentikan kerja, mereka tetap mahu mengambil pekerja asing maka kesetiaan mereka kepada negara ini boleh dipertikaikan.
Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan mulut kemelesetan ternganga luas, pengusaha restoran mamak ini tega mengugut kerajaan. Apa kata kita boikot tidak pergi lepak di kedai mereka? Apa rasa?
Baca seterusnya apa kata Iskandar.

Alasan rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja tidak boleh diterima lagi. Kenapa penduduk tempatan tidak mahu bekerja adalah kerana sikap tamak pemilik restoran yang menawarkan gaji yang terlalu rendah. Terlalu rendah sehingga susah bagi sesiapa untuk menampung diri atau keluarga mereka. Tetapi gaji ini mungkin cukup untuk pekerja asing yang menampung keluarga di negara asal di mana kos sara hidupnya lebih rendah.(Gambar: Bukan di restoran mamak, tetapi salah satu gambar sesi katering yang saya usahakan)
Di negara-negara lain seperti di Eropah, jika rakyat tempatan menganggur maka majikan-majikan tidak akan berani mengambil pekerja-pekerja asing. Tetapi di Malaysia, kita telah sekian lama diperbodohkan. Sudah sampai masanya pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) menetapkan kuota untuk pekerja-pekerja asing sebelum meluluskan lesen premis perniagaan. Kontrak-kontrak PBT seperti pembersihan dan mengangkat sampah perlu juga menetapkan kuota pekerja asing untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment