Ramai orang dan banyak pihak yang tidak begitu bersetuju dengan penulis muda Faisal Tehrani. Saya juga kadang-kadang ‘angin’ dengan komentar beliau, lebih-lebih lagi berkenaan politik.

Walaupun begitu, saya berpendirian bahawa saudara Faisal berjuang dalam rangka pendapat dan ruang lingkup yang dia tunjangi. Saya menghormati pandangan beliau. Pastinya saya sememangnya sangat meminati karya-karya Faisal yang agak sinis, kontemporari dan mencabar minda. Saya pernah beberapa kali berjumpa beliau dan berbual-bual mesra.

Sila baca resensi saya terhadap novel-novel beliau dan komentar lain:

Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia

Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal pertahankan prinsip

Mengapa Faisal Tehrani marah-marah?

Marah tulisan Jawi, perjuangan apa sebegini?

Apa pandangan beliau terhadap calon Parlimen Bukit Gantang, Perak bagi pilihanraya kecil di sana pada 7 April 2009 ini? Jom baca dan teliti.

“Oleh kerana Naib Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, masih berlengah membuat keputusan segera mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), saya tidak dapat menafikan sebagai pengarang sastera Melayu dan 'pejuang bahasa Melayu tidak rasmi' saya berkewajiban memperakukan (endorsing) Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berbanding Ismail Saffian. Calon bebas Kamarul Ramizu Idris pula tidak diketahui pendiriannya. Sikap saya jelas, saya tidak tergamak menderhakai bahasa Melayu.

Ini adalah kerana, pada tahun 2006, Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin (anak calon PAS di Bukti Gantang), 10 tahun telah menyaman kerajaan, bersama-sama beberapa pelajar sekolah yang lain kerana kementerian pelajaran memilih untuk melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar para pelajar (khususnya kaum Melayu) berdepan dengan pelbagai krisis.

Calon PAS di Bukit Gantang (klik sini untuk blog beliau) yang merupakan seorang jurutera dapat dijadikan contoh dalam hal kemahiran berbahasa. Selain merupakan graduan kejuruteraan dari University of Aston, Birmingham, England, beliau juga fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Hokkien. Beliau juga dikhabarkan dapat berbahasa Arab.”

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger