Ini juga benar bagi buku-buku agama. Jangan lagi buku-buku agama Islam yang banyak diterbitkan oleh banyak penerbit ditulis hanya untuk ustaz-ustazah. Saya berkata begini justeru kerana hampir kesemua buku agama dalam pelbagai topik/subjek ditulis seolah-olah hanya untuk bacaan golongan agama, walaupun ianya diharapkan dibaca oleh semua masyarakat.
Mengapa saya katakan demikian? Buku agama menggunakan terlalu banyak istilah Arab, ditulis dalam gaya lenggok bahasa Arab, dan ayat yang berbelit-belit. Orang awam yang tidak berpendidikan Arab akan terkial-kial untuk cuba memahami ilmu yang hendak disampaikan.
Ubahlah corak penampilan dan gaya penulisan buku agama, seperti juga PAS mengubah imejnya.
Dan parti Islam ini juga sudah terpahat di hati komuniti bukan Islam di Bukit Gantang, Taiping, Perak. Politik perkauman yang juarai oleh Umno dan hagemoni yang dipaksakan itu sudah tiba di penghujung, insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment