Berita dari Taiping: Solat Subuh dibuat 3 kali

Seorang sahabat saya membawa khabar dari Taiping. Begini:

Solat Subuh di Masjid Taiping melimpah ruah, hingga terpaksa diadakan sebanyak tiga kali.

Penyokong Pakatan Rakyat menguasai bandar Taiping. Di mana - mana dan di setiap jalan, lorong dan ceruk kelihatan penyokong dan bendera PAS, DAP dan KeADILan.

AIR TIADA! Ini suatu perkara yang ganjil dan aneh. Sepanjang hidup aku di Taiping, bandar itu tidak pernah terputus bekalan air. Malahan, paling teruk pun, air akan mengalir perlahan.

Laungan TAKBIR bergema dan bersiponggang di segenap (pelusuk) bandar Taiping!

SETERUSNYA:

Orang Melayu memegang bendera ROKET. Perempuan tua Cina mengibarkan bendera PAS. Hakikatnya, politik perkauman sudah tiba di penghujungnya.

Taukeh kedai memberikan air mineral secara percuma, untuk orang Islam berwuduk kerana masjid terputus bekalan air.

1 comments:

Anonymous said...

Allahu Akbar! InsyaAllah, ramai yang akan terbuka hati untuk merapati Islam. Islam agama fitrah. PAS FOR ALL!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger