Buku Yakjuj dan Makjuj terlaris, lapor PTS

Penerbit mazhab teknik Surah Yusuf, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, melaporkan bahawa buku Yakjuj dan Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung terlaris sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang baru tamat kelmarin. Buku ini terjual 1055 naskhah.

Harga jualan buku ini di kedai adalah RM31.00. Di pesta, buku ini diberi diskaun 20%. Buku ini adalah berdasarkan tesis Ph.D pengarangnya. Manuskrip ini dikirimkan terus oleh pengarang kepada PTS.


Cetakan pertamanya adalah 5 ribu naskhah dan habis terjual dalam tempoh 2 minggu. Ia terpaksa diulangcetak secara tergesa-gesa untuk pesta buku. Penerbit Gramedia di Indonesia sudah menyatakan minat melesen buku ini. (Sumber: UNIKA)


Saya pernah membaca buku berkaitan kisah Yakjud dan Makjud ini yang diterbitkan oleh Jasmin Enterprise. Buku bertajuk Lelaki Misteri Dalam Al-Quran: Iskandar Zulkarnain yang turut terkandung kisah Yakjud dan Makjud saya baca tahun lepas.


Saya berasa sedikit kecewa dengan mutu penterjemahan buku ini. Perkisahan mengenai insan Iskandar Zulkarnain atau Alexander the Great memang menggamit minat saya. Justeru kerana isu hubungan dan misteri antara Zulkarnain dan Iskandar Yang Agung, maka saya telah membeli tujuh buku; biografi, sejarah dan fiksyen.


Buku Iskandar Zulkarnain terbitan Jasmin pekat berbau Arab. Persoalan yang sukar dalam perihal Iskandar Zulkarnain tambah dikaburkan dengan ayat-ayat yang berbelit dan kesalahan ejaan serta nahu bahasa Melayu di sana sini. Sungguh malang, hasrat penulis agak tersasar dengan mutu terjemahan yang kurang cermat.


Saya sangat berharap
Yakjuj dan Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung terbitan PTS ini tidak menjadi seperti buku seumpamanya yang diterbitkan oleh Jasmin.

Dalam blog buku, saya pernah menulis begini, “
Justeru itu, saya mengajak saudara Saadon Aksah dan penulis serta penterjemah PTS Publications & Distributors supaya ‘memandang’ kisah sejarah manusia-manusia besar. Masyarakat Malaysia dan Melayu amat perlu didedahkan kepada cerita sejarah seperti Iskandar Zulkarnain. Sejarah banyak mengajar kita. Hasilkan satu karya terjemahan bahasa Melayu moden, bagaikan penulis asal menulis dalam bahasa ini.”

Nampaknya PTS telah menyahut cabaran medan perjuangan memandaikan bangsa ini. Alhamdulillah.


Lagi cerita penggemar buku mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.


Cerita Pesta Buku Kali Ini

Cakap-cakap Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 di PWTC
Pesona Buku Melayu
Pesta Buku...giliran saya

Azizi Hj. Abdullah: CATATAN APRIL

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger