Akademi Fantasia atau FANTASIAL?

Suatu petang, saya secara tidak sengaja menonton sedikit babak peluk memeluk dan mencium pipi oleh saudara Khairil Azam Pilus terhadap beberapa tenaga pengajar wanita Akademi Fantasia ke-7. Bangangkah atau apa?

mStar Online memetik dia sebagai berkata bahawa “Kami punya perasaan selama 61 hari dalam Akademi sudah seperti keluarga yang erat terutama Cikgu Fatimah dan Cikgu Siti Hajar yang saya anggap sudah seperti ibu saya sendiri manakala Cikgu Ida Nerina seperti kakak saya.


“Pelukan itu sebagai tanda hormat kerana susah saya hendak bagi tanda hormat memandangkan orang luar tak faham situasi kami di dalam.”


Inilah hasil ‘ilmu’ yang dipelajari di Akademi Fantasia. Memang berfantasilah mereka di sana. Atau BERFANTASIAL?. Sudah hilang nilai-nilai Islam dan budaya Malaysia. Apa kejadahnya memeluk wanita bukan muhrim sebagai tanda hormat. Mana dapat ilmu ini wahai Aril?

Inikah transformasi yang dicanang oleh AF7? Macam sial! Baca laporan mStar Online fasal ini. Aduhai bangsaku!

Pernah baca satira novelis Faisal Tehrani dalam novel Advencer Si Peniup Ney? Klik di sini untuk membaca sedikit sedutan kisah Advencer Si Peniup Ney ini. Secebis sinopsis di bawah.
Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!
(Gambar: Ihsan mStar Online)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger