“Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.” (Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri TG Nik Abdul Aziz, dalam Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang )
Membaca merupakan satu aktiviti yang amat menarik. Bagi saya, membaca bukannya satu hobi, tetapi satu kemestian yang patut ada pada semua orang, terutamanya kepada umat Islam di seluruh dunia. (Gambar kiri: Salah satu buku yang sedang saya baca)
Jangan kita lupa ayat pertama yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi besar Muhamad S.A.W; Surah Al 'Alaq ayat 1 hingga 4, bermaksud, "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang telah mengajar (manusia) dengan kalam."
Siapa dapat menyangkal bahawa dengan membaca kita sebenarnya memperoleh pengetahuan. Takkan kita sudah lupa, apa guna kita mempelajari ABC, alif ba ta? Dengan mulanya ABC, alif ba ta, kita seterusnya membaca buku-buku teks tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya buku teks dan rujukan kolej serta universiti untuk menyediakan diri menghadapi peperiksaan? Dan pastinya mempelajari dan membaca kita suci al-Quran. Saya kira sayang sungguh jika kita berhenti setakat itu sahaja.
Ingat hadis Rasulullah S.A.W berbunyi, "Carilah ilmu walaupun sampai ke negeriChina " dan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad." Saya kira dengan adanya ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasullulah S.A.W sudah cukup memadai untuk kaum Muslimin dan Muslimat sedar bahawa Islam amat mementingkan ilmu dan membaca.
Kita sebagai manusia bertamadun mengumpul pengalaman hidup dari kegiatan seharian dan masyarakat sekeliling. Pastinya mana mungkin kita dapat menyelusuri segala pengalaman yang lain (yang kita tidak alaminya) sepanjang kehidupan kita selama 65 tahun atau lebih.
Orang bijak pandai berkata bahawa dengan membacalah kita dapat meminjam pengalaman orang lain, dan seterusnya dengan pengalaman yang dipinjam itu, hidup kita akan menjadi semakin meriah dan berilmu pastinya.
Saya kerap kali ditanya oleh rakan dan teman begini, “Kau ada masakah untuk membaca begitu banyak buku, sedangkan dalam masa yang sama menjalankan bisnes katering?”
Manakala dalam satu sesi ramah mesra bersama Pengurus Besar Alaf21 Sdn. Bhd, En. Norden bin Mohamad, beliau menanyakan soalan yang sama terhadap saya.Ada pernyataan tambahan yang beliau katakan kepada saya, “Setiap kali saya ke blog saudara, mesti ada benda atau entri terkini dalam pelbagai isu (buku, dunia penerbitan dan bahasa). Kemudian beliau mengemukakan soalan, “Bila masa baca buku, menulis untuk blog dan melayari internet”?
Faktor yang pertama dan utama ialah minat membaca. Tanpa minat apa pun tidak menjadi walaupun masa lapang banyak.
Masa pembacaan saya seperti berikut:
1) Tatkala menunggu suatu sesi katering selesai. Selepas selesai menyediakan hidangan di meja bufet dan memantau semua persediaan meja dilaksanakan dengan baik oleh staf bertugas, saya akan meminggir ke suatu sudut atau lokasi lain dan membawa buku bersama untuk dibaca.
2) Selepas solat Maghrib. Saya akan habiskan masa antara waktu Maghrib dan Isyak untuk membaca, sama ada al-Quran, buku agama atau novel.
3) Waktu sebelum melelapkan mata di malam hari. Saya akan cuba paling kurang pun setengah jam untuk membaca sebelum tidur malam.
4) Sewaktu ‘berehat’ dalam tandas. Buku bukan berkaitan agama akan dibaca.
5) Ketika menunggu. Tidak mengira tunggu apa, seumpama menunggu isteri membeli bahan-bahan mentah katering, saya akan lepak dalam kereta, pasang pendingin udara, kunci semua pintu dan menutup radio, saya akan tenggelam bersama buku.
6) Pastinya masa-masa lapang tatkala tiada urusan segera katering yang perlu dilunaskan.
7) Juga ketika menunggu air yang dijerang mendidih, ketika siaran iklan di peti TV, tatkala menanti mee segera masak dan ketika keseorangan di restoran menunggu atau sekadar minum air.
Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ada menyebut bahawa ahli PAS kurang membaca. Betulkah? Saudara dan sahabat, bilakah waktu membaca buku?
Membaca merupakan satu aktiviti yang amat menarik. Bagi saya, membaca bukannya satu hobi, tetapi satu kemestian yang patut ada pada semua orang, terutamanya kepada umat Islam di seluruh dunia. (Gambar kiri: Salah satu buku yang sedang saya baca)
Jangan kita lupa ayat pertama yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi besar Muhamad S.A.W; Surah Al 'Alaq ayat 1 hingga 4, bermaksud, "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang telah mengajar (manusia) dengan kalam."
Siapa dapat menyangkal bahawa dengan membaca kita sebenarnya memperoleh pengetahuan. Takkan kita sudah lupa, apa guna kita mempelajari ABC, alif ba ta? Dengan mulanya ABC, alif ba ta, kita seterusnya membaca buku-buku teks tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya buku teks dan rujukan kolej serta universiti untuk menyediakan diri menghadapi peperiksaan? Dan pastinya mempelajari dan membaca kita suci al-Quran. Saya kira sayang sungguh jika kita berhenti setakat itu sahaja.
Ingat hadis Rasulullah S.A.W berbunyi, "Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri
Kita sebagai manusia bertamadun mengumpul pengalaman hidup dari kegiatan seharian dan masyarakat sekeliling. Pastinya mana mungkin kita dapat menyelusuri segala pengalaman yang lain (yang kita tidak alaminya) sepanjang kehidupan kita selama 65 tahun atau lebih.
Orang bijak pandai berkata bahawa dengan membacalah kita dapat meminjam pengalaman orang lain, dan seterusnya dengan pengalaman yang dipinjam itu, hidup kita akan menjadi semakin meriah dan berilmu pastinya.
Saya kerap kali ditanya oleh rakan dan teman begini, “Kau ada masakah untuk membaca begitu banyak buku, sedangkan dalam masa yang sama menjalankan bisnes katering?”
Manakala dalam satu sesi ramah mesra bersama Pengurus Besar Alaf21 Sdn. Bhd, En. Norden bin Mohamad, beliau menanyakan soalan yang sama terhadap saya.
Faktor yang pertama dan utama ialah minat membaca. Tanpa minat apa pun tidak menjadi walaupun masa lapang banyak.
Masa pembacaan saya seperti berikut:
1) Tatkala menunggu suatu sesi katering selesai. Selepas selesai menyediakan hidangan di meja bufet dan memantau semua persediaan meja dilaksanakan dengan baik oleh staf bertugas, saya akan meminggir ke suatu sudut atau lokasi lain dan membawa buku bersama untuk dibaca.
2) Selepas solat Maghrib. Saya akan habiskan masa antara waktu Maghrib dan Isyak untuk membaca, sama ada al-Quran, buku agama atau novel.
3) Waktu sebelum melelapkan mata di malam hari. Saya akan cuba paling kurang pun setengah jam untuk membaca sebelum tidur malam.
4) Sewaktu ‘berehat’ dalam tandas. Buku bukan berkaitan agama akan dibaca.
5) Ketika menunggu. Tidak mengira tunggu apa, seumpama menunggu isteri membeli bahan-bahan mentah katering, saya akan lepak dalam kereta, pasang pendingin udara, kunci semua pintu dan menutup radio, saya akan tenggelam bersama buku.
6) Pastinya masa-masa lapang tatkala tiada urusan segera katering yang perlu dilunaskan.
7) Juga ketika menunggu air yang dijerang mendidih, ketika siaran iklan di peti TV, tatkala menanti mee segera masak dan ketika keseorangan di restoran menunggu atau sekadar minum air.
Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ada menyebut bahawa ahli PAS kurang membaca. Betulkah? Saudara dan sahabat, bilakah waktu membaca buku?
0 comments:
Post a Comment