Faktor makanan halal bukan main-main

Saya tertarik pendedahan YB Iskandar Abdul Samad dalam blognya mengenai makanan. Sila baca seterusnya, seperti mana saya salin kembali di sini.

Harus diingat sahabat bahawa perkara berhubung halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam Al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, wajib Halal.

Dalam Islam tidak ada istilah ‘Separa Halal’, ‘Separuh Halal’ atau ‘Gred Halal dengan 3 Bintang’ atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% Halal dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status Halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang Haram akan menjadi darah daging kita dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti seseorang.

Dalam kita membincangkan konsep haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang kita makan tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi.

"Hujung minggu ini saya terpaksa hadir kursus 2 hari di Putrajaya bersama Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dan wakil-wakil dari PBT dan PTG.


Pada mulanya ingat hendak hadir pembukaan dan penutup sahaja sebab terpaksa berceramah di Bukit Gantang pada malam Ahad. Tetapi setelah berbincang dengan beberapa orang sahabat, saya telah mengambil keputusan untuk hadir di sepanjang kursus tersebut. Hendak jaga imej Exco PAS. Benar-benar serius dan bukan ponteng-ponteng. Ceramah mungkin ramai lagi yang boleh ganti.


Tadi selepas, perbincangan dalam kumpulan saya telah ke Alamanda. Pertama kali saya sampai di kompleks membeli belah itu.


Di "food court"nya, Medan Selera Rasa, saya mencari-cari gerai untuk makan. Nasi ayam di sebuah gerai nampak sungguh menyelerakan. Yang menjual nampak seperti orang Islam tetapi alangkah terkejutnya apabila saya menghampiri untuk membuat pesanan. Ketiga-tiga orang pekerja mempunyai "tatoo" yang besar di kedua-dua lengan mereka.


"Islamkah mereka?", saya bertanya di dalam hati.


Yang menghairankan, yang membeli adalah orang-orang Islam. Ada pula yang bertudung. Tetapi tidak terasa apa-apa bila melihat "tatoo-tatoo" yang jelas itu. Tidak ada rasa was-was. Tidak sensitif. Beginilah orang Melayu, telan sahajalah!


Baru-baru ini di Kg. Sg. Kayu Ara, JAIS dan MBPJ membuat serbuan ke atas sebuah premis yang kononnya menyembelih ayam secara halal tetapi rupa-rupanya urat-urat leher pun tidak putus.


Kemudian ada kes ayam-ayam yang diimpot dari Thailand kononnya halal tetapi ayam-ayam itu telah dipancung.


Tetapi adakah orang-orang Melayu peduli? Jangan-jangan biawak jika dicop halal akan ditelan juga."

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger