Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum. (Tengku Razaleigh Hamzah, bekas naib presiden Umno)
Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak. (Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar)
Dengan pembubaran DUN, ia akan membuka gelanggang untuk permainan yang adil dan saksama. Jika ia tidak dilakukan, saya juga berpandangan parti pemerintah sekarang ini akan berdepan dengan pelbagai masalah di masa hadapan dan penggandaan tanggapan negatif yang sudah sedia menggunung. Parti pemerintah perlu menimbang pandangan rakyat yang amat skeptis sekarang. Jangan tambah beban yang sedia ada. (Novelis Faisal Tehrani)
Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia. (Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia , Tan Sri Abu Talib Osman)
Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak. (Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar)
Dengan pembubaran DUN, ia akan membuka gelanggang untuk permainan yang adil dan saksama. Jika ia tidak dilakukan, saya juga berpandangan parti pemerintah sekarang ini akan berdepan dengan pelbagai masalah di masa hadapan dan penggandaan tanggapan negatif yang sudah sedia menggunung. Parti pemerintah perlu menimbang pandangan rakyat yang amat skeptis sekarang. Jangan tambah beban yang sedia ada. (Novelis Faisal Tehrani)
Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia. (Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
0 comments:
Post a Comment