Dulu Kampung Buku di Langkawi, kini Kota Buku di KL, aduhai!

Khabarnya kerajaan pusat akan mewujudkan Kota Buku sebagai langkah untuk membuka ruang kepada penulis dan penerbit buku tempatan memasarkan hasil karya mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Kota Buku yang akan diwujudkan di Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini akan turut membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.


mStar Online memetik beliau sebagai berkata, "Penubuhan pusat ini diharap akan menjadi satu nukleus yang membolehkan para usahawan, persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung.


"Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku. Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan.”


Tanpa prejudis (pernah saudara dengar ayat ini?), saya katakan bahawa jangan jadi seperti projek Kampung Buku di Langkawi. Saya pernah beberapa kali ke pulau lagenda itu, dan beberapa kali juga terasa amat gatal kaki ini untuk menjengok ke kampung yang diertikan penuh dengan buku-buku.


Tetapi kegatalan kaki saya tidak berjaya memujuk tubuh ke sana. Mengapa? Kerana saya dengar cerita kampung buku itu hanya tingal nama dan puin-puin sahaja. Tidak seindah nama yang diberi. Papan tanda ke Kampung Buku itu juga kelihatannya malu-malu untuk menunjukkan muka, aduhai.


Minta tolong kepada kerajaan. Dengan bajet sebanyak RM20 juta, saya sangat berharap semoga ianya berbaloi. Walaupun, mungkin, yang akan mendapat habuan lumayan ialah kontraktor-kontraktor buku dari UMNO/BN.

Minta tolong, jadikan Kota Buku di Kuala Lumpur itu nanti seindah dan semurni namanya. Semoga semarak ilmu akan lebih gemilang. Di kota metroplitan yang penuh noda ini, diharapkan Kota Buku menjadi salah satu arena murni untuk pencinta buku dan ilmu.

2 comments:

malaysia baru said...

negara adalah bermasalah bila lebih ramai pembekal buku drpd pembaca buku..

Web Sutera said...

Betul sdr Malaysia Baru. Buku banyak, tetapi, alahai...

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger