Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

05May2009

Saya sudah membaca novel Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani beberapa bulan lalu. Masih malas mahu membuat ulasan.

Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah chef Lusiana Catering (isteri saya) juga telah membaca novel ini. Tunggu Teduh Dulu adalah antara enam buku yang beliau baca di sepanjang bulan April 2009.

Faisal, isteri saya berpesan, “Abang, tolong sampaikan kepada Faisal. Dari muka surat pertama prolog, saya sudah jatuh cinta dengan novel ini.” Ok, Faisal, saya sudah sampaikan pesan itu.

Satu perkara lagi, apa sudah jadi dengan Rahsia Ummi? Saya lihat buku ini masih berlonggok-longgok, saya ulang BERLONGGOK di pejabat Zebra Editions Sdn. Bhd.

0 comments:

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger