
Walau apa pun yang dibincangkan atau diputuskan, sebagai generasi ke-2 Felda, saya ingin menyorot perhatian Datuk Seri Najib bahawa nasib anak-anak peneroka Felda memang amat terabai.
Harakahdaily.net menerbitkan satu artikel berkaitan tidak lama dahulu. Saya secara peribadi amat perihatin kepada nasib generasi ke-2 Felda. Saya petik beberapa perenggan berita tersebut.
Persatuan Anak-anak Peneroka Se Malaysia (Anak) menggesa kerajaan dan Felda menjamin masa depan generasi kedua Felda yang menjadi peserta Felda Plantations Bhd. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, majoriti peserta Felda Plantations ini adalah anak-anak peneroka Felda atau generasi ke-2 Felda dan mereka menyertai agensi di bawah Felda itu dengan harapan suatu masa nanti akan diterima menjadi peneroka sebagaimana ibu bapa mereka.
Namun, kata Mazlan apa yang diharapkan oleh generasi kedua Felda itu tidak kesampaian apabila Felda dilihat tidak berminat untuk menaik taraf status peserta Ladang Platations sebagai peneroka sebaliknya mahu terus mengekalkan mereka sebagai pekerja ladang setaraf buruh asing atau lebih buruk lagi.
Keluhan saya, sila baca: Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiga Felda?
0 comments:
Post a Comment