Sama ada saudara suka atau tidak, sama ada saudara menyampah atau terasa bengang, berita kematian mengejut Michael Jackson tetap menjadi berita dan isu hangat dunia. Dari Jerusalem, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Britain hingga ke rantau Asia Tenggara, jutaan pihak sama ada peminat atau bukan peminat memperkatakan sedikit sebanyak berita sensasi ini.
Ya, kematian itu pasti untuk memulakan satu kehidupan abadi di alam akhirat. Kematian Michael Jackson juga sudah pasti, walaupun pelbagai spekulasi diberitakan atas sebab punca kematian beliau.
Saya tidak mahu membicarakan soal kematian yang memang sudah terlalu banyak diterbitkan di rangkaian TV seluruh dunia, maupun di laman internet. Apa yang saya ingin sorot ialah isu keislaman Raja Pop ini.
Benarkah berita beberapa bulan yang lalu (21 November 2008) bahawa Michael Jackson (Mikaeel Jackson) memeluk Islam? Ada pihak mengatakan bahawa dia bukan Islam, dan banyak pihak yang memperakukan bahawa dia sudah memeluk agama suci ini. Salah seorang yang berkata demikian ialah abangnya, Jermaine Jackson yang sekarang dikenali sebagai Muhammad Abdul Aziz.
Jika benar Michael Jackson memeluk Islam sebelum dipanggil Tuhan, maka komuniti Islam wajib menyelesaikan pengkebumian beliau secara syariat Islam. Jika tidak, semua umat Islam dunia akan menanggung dosa kerana tidak melaksanakan fardu kifayah ini.
Teliti tiga video yang saya sertakan, insyaAllah.
Video ke-3, rujuk di sini: Jermaine Jackson bercakap mengenai islam

3 comments:
masa pengumuman kematian MJ di tv pada malam kematiannya tempoh hari, Jermaine ada mnyebut "semoga Allah sentiasa bersama kamu Mikaeel".
Sahabat BookKeeper, ya saya pun ada dengar juga. Alhamdulillah.
http://syalinamd.wordpress.com/category/in-loving-memory/
Post a Comment