Sebaik tiba di rumah dari memenuhi tuntutan ziarah Islam ke majlis perkahwinan di Melaka, saya terus melayari internet. Berita paling menarik ialah cabaran Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat terhadap Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak.
Harakahdaily memetik Nik Abdul Aziz berkata bahawa beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.Saya sangat berharap Perdana Menteri berani menyahut cabaran Nik Abdul Aziz. Jangan mengeluarkan madah berhelah.
"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).
"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna sekular dan kebangsaan.”
Tambahnya, Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.
"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.
"Ini (program dilakukan seperti ini) cara nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal."
0 comments:
Post a Comment