Pembunuhan di Masjid Furgan, 10 Jun 2009

Ada cerita di sebalik kejadian tembakan jemaah yang sedang solat di Masjid Furqan pada 10 Jun lalu. Saya salin cerita sedih ini dari blog Abu Razeen.

Terdapat 23 orang jemaah solat Isyak pada malam itu. Sebelum itu ada jemaah muslimah seramai 5 orang pada waktu Maghrib, tapi oleh kerana terdapat beberapa ahli tabligh yang mengimarahkan masjid pada hari itu maka jemaah Muslimah solat Isyak di rumah sahaja.


Masjid yang kurang lebih besar satu bilik darjah malam itu ada 2 saf. Sewaktu rakaat kedua apabila bacaan Fatihah sampai ‘Iyyakana’budu Waiyya Kanas Tain’ oleh Imam Abdullah (cerita versi lain semasa sedang rukuk) sekonyong-konyong masuklah 6 orang berpakaian hitam menghamburkan peluru otomatik dari rifle M16 dan AK47.


Dari pintu masjid yang menyaksikan syahidnya 11 jamaah Isyak gugur, penembak yang tidak kenal belas kasihan itu mensasarkan laras rifle dari pinggang ke kepala, mengakibatkan cebisan-cebisan badan seorang jemaah bersepah di dalam masjid, manakala yang lainnya ada yang sukar dikenali.


Tembakan diarahkan ke sebelah kiri jemaah kerana di situ kebanyakan orang kampung berdiri di dalam saf (solat). Imam Abdullah yang mengepalai solat malam itu terkena peluru yang tembus dari makmum di belakangnya. Maha suci Allah, Imam Abdullah turut menemui Rabbul Jalil sebagai syuhada bersama 10 jemaah yang lain. Inilah kematian yang dicemburui.


Bersebelahan masjid adalah hutan, manakala selainnya adalah rumah orang kampung. Dikhabarkan juga terdapat kem tentera Thailand berhampiran kampung tersebut. Setiap kali kejadian tembakan, kerajaan Thailand menuding jari ke arah kumpulan separatist Islam.
Tapi kalau ditanya orang kampung inilah kerja askar kerajaan.

Jurucakap tentera mengatakan bahawa kelihatannya ‘pihak penyerang ingin menyalahkan pihak tentera.' Memang tentera Thailand yang punya engkara. Saya masih teringat kejadian tembak-menembak juga berlaku lewat tahun 70-an. Kerap kali saudara mara yang berziarah sanak saudara di Kelantan dan Terengganu menceritakan bahawa itu semua perbuatan soldadu Thai yang jahat (atau Mafia?).

Berkaitan:
Angkara British: Kerajaan Melayu-Islam Patani dijajah Thailand

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger