Semasa menyampaikan ucapan di Muktamar Tahunan PAS 55 lalu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (foto) berkata bahawa "PAS tiada niat bersama UMNO." Hari ini lain pula bunyinya. Dengar di sini sebahagian ucapan beliau di muktamar.Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, (Tuan Guru) Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.
"Respons ini adalah kali pertama secara agak serius daripada Perdana Menteri dan saya akan bawa kepada Presiden. Kita sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan sudah tentu kita tidak akan tutup ruang sedangkan kita ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu negara ini."
Isu kerajaan perpaduan lagikah? Apahal Ustaz? Adakah Ustaz sudah lupa diri dan lupa perjuangan PAS dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat? Adakah ini suara rasmi parti PAS? Mengapa gatal mulut mengeluarkan pendapat yang tidak masak?
Sedangkan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim pun berkata bahawa PAS komited kukuhkan Pakatan Rakyat.
Berkaitan: UMNO/PAS: Jangan jadi umpama monyet di zoo






0 comments:
Post a Comment