Manek Urai: Bermula onar jahanam UMNO untuk merampas hak rakyat

Harakahdaily melaporkan bahawa ada gerakan halus untuk cuba melakukan penipuan lagi di pilihanraya kecil Manek Urai, Kelantan. PAS kawasan menyampaikan pesanan supaya menjaga kad pengenalan (IC) masing-masing. Ini berikutan “ada pihak cuba mendapatkan kad pengenalan penduduk.”

Menurut penduduk, pihak tertentu yang didalangi parti politik dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan datang ke rumah mereka bagi mendapatkan nombor IC.

Kejadian itu disedari berlaku di beberapa kampung termasuk Chuchuh Puteri, Sungai Sok, Sungai Peria dan Lata Rek.

Anggota jawatankuasa PAS Kuala Krai, Ustaz Zamzuri Mat Lazim berkata, penduduk mengadu kepadanya rumah mereka didatangi orang tertentu bagi mendapatkan nombor IC.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai ini.

Baca seterusnya: Awas, sindiket cari kad pengenalan pengundi di Manek Urai

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger