PPSMI dan UMNO: Nurturing of language is nurturing of culture

Baca di bawah falsafah kumpulan Popular Holding, syarikat empunya rangkaian gedung buku terbesar di Malaysia. Ya, memang Popular ditubuhkan di Singapura, namun falsafahnya saya sanjung.

“Language is an element of culture that contributes to every aspect of human relationship. When a people’s native language is not being regularly used, that is to say, the owners of that language and culture will be at lost. So, as a passionate contributor to bahasa Melayu, the national language with appreciation of our ethnic culture, Popular Holding fosters the love of ethnic language and culture through a strong and firm retail channel. We believe that nurturing of language is nurturing of culture.” (Pop Club magazine, May 2009)

Fahamkah atau tidak, wahai UMNO?

2 comments:

org memali said...

belajar la dlm bahasa apa pun ,yg penting ilmu .soal bahasa ibunda ianya tidak akan hilang . Tak caya, Tarzan di hutan dari kecik lg ,tak tau cakap , yg tau cakap bahasa gorila tapi bila balik kekelompok asal dapat jg cakap bahasa ibunda dia , walaupun ini adalah cerita tapi hakikatnya manusia tidak akan lupa bahasa ibundanya .Bangsa cina ,dia cakap bahasa Melayu ,ada dia lupa bahasa ibunda dia . Jgn takut kehilangan bahasa ibunda krn ianya tidak mungkin akan berlaku .Yg mungkin berlaku adalah agenda2 pihak tertentu yg berkepentingan ,terutama utk jadikan umat melayu ini bodo dan umpama katak dibawah tempurung serta tercopong bila menghadiri seminar2 peringkat antarabangsa .Kepada pengiat2 sastera ; buku2 karangan kamu tatap berada dlm jumlah yg sama darisegi jumlahnya kerana karangan kamu tidak menampakkan kemelayuan tapi lebih kepada keindonesian . Kamu tidak pernah untuk majukan bahasa melayu itu sendiri tapi kamu lebih mensasterakan bahasa melayu . tidak ada usaha untuk menginternasionalkan bahasa melayu cuma sekadar gimik shj . yg tahu hanya memprotes . Buktikan ,ada usaha dibuat untuk memelayukan bahasa sains dan maths .Jangan hanya tahu protes jika sekadar untuk membuka mulut.

Web Sutera said...

Sdr Org Memali,

Saya & pejuang bahasa Melayu tidak menolak kepentingan bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Inggeris dan Arab.

Saya sendiri pernah menjawat jawatan Associate Editor & Editor bagi sebuah majalah internet berbahasa Inggeris.Namun:

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara."

"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.

"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.

"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.

"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik."(Datuk Dr Anwar Ridhwan)

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger