Penerbitan itu ialah seperti berikut, Cinta Awak Dalam Sehari, Pengantin Remaja, Masalah Seksual Yang Anda Malu Tanya, Rahsia Dalam Rahsia Di Sebalik Tirai Kamar Suami Isteri, Isteri Romantik di Kamar Yang Indah dan Suami Romantik di Kamar Yang Indah.
Tajuk lain yang lebih sadis dan celaka yang turut diharamkan ialah Senggama Kubur, Rintihan Jiwa Seorang Lesbian dan Serakah Anak-anak Zombie.
Buku/penerbitan Menyingkap Rahsia Keistimewaan Wanita, Permata Gemilang dan Khazanah Mutiara Hikmah Suami Isteri, Bakal Pengantin, dan Oh Fazrah turut diharamkan.
Saya kira buku atau penerbitan ini banyak dijual di kedai-kedai buku kecil yang bersepah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Memang amat patut ianya diharamkan, malah kedapatan banyak lagi penerbitan picisan yang mesti dipantau dan dihentikan. Menurut hemat saya beberapa majalah hiburan yang memaparkan gambar dan aksi yang menjolok mata patut juga diharamkan, seperti Mangga (gambar atas kiri).
Namun tindakan KDN juga terpilih, sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia. Majalah bangang Mangga diterbitkan oleh penerbit UMNO. (Berkaitan: Dalam tahanan polis mati, soal-siasat SPRM pun mati!)
Saya sudah lama MENGHARAMKAN majalah bangang ini berlegar-legar di sekitar keluarga saya.
"Pewartaan Perintah Larangan ini adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan adalah menjadi satu kesalahan menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta itu sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang," kata Abdul Aziz.
0 comments:
Post a Comment