Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar. "Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita.”
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.
Karpal Singh berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang.”
Saya ada buat komentar di blog ini berkenaan isu ini, begini “DAP Kedah/Perlis masuk BN lah, lagi baik. Buat kacau PR sahaja. DAP Kedah/Perlis terlalu bersentimen tanpa usul periksa. Melatah bagai UMNO. Elok sangatlah!”
Apa maksud saya? Maknanya ialah PAS dan DAP Kedah jangan terikut-ikut stail UMNO. Dia orang memang suka sangat melaga-lagakan Pakatan Rakyat (PR). Yang hairannya, mengapa pemimpin PAS dan DAP Kedah keluarkan pandangan kepada akhbar? Bukankah UMNO / BN hanya menunggu bola tanggung untuk smash PR? Tidak mahu belajarkah?
Saya dengar bahawa pusat penyembelihan babi di Alor Star tersebut sudah menghentikan aktivitinya sebelum dirobohkan. Jika begitu, mengapa MB Kedah tergesa-gesa mengambil tindakan? Sabar, jangan gaduh, ok.
Semua pihak dalam PR wajib bersabar menyelesaikan isu yang berbangkit. Jangan cepat melatah bagai orang tua yang hilang ingatan. Tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui perbincangan dan toleransi. Jangan masuk perangkap UMNO!
1 comments:
Salam
Sibuk kita di Kedah jangan kita lupa pula ye..
Apa khabar Babi di Melaka ye..
Senyap je cerita lawat sini...
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html
Naruto alu2 kan..
Post a Comment