Isu babi Kedah, bukan di Manek Urai

Isu babi di Kedah terus dimainkan media UMNO/BN. Sengaja dibesar-besarkan oleh mereka justeru kerana ingin melihat Pakatan Rakyat goyah. Jika pemimpin PAS Kedah mungkin agak gelojoh, maka pemimpin DAP Kedah juga kelihatannya sarat perangai kebudak-budakan. Semuanya terperangkap dengan perang saraf UMNO.

ADUN DAP Kedah, Lee Guan Aik dipetik oleh mStar Online sebagai berkata bahawa “kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum lepas.” Bagi saya ungkapan merajuk ini umpama politikus hingusan.

Sedangkan babi di Melaka dan Negeri Sembilan lagi besar (di bawah kerajaan BN), mengapa babi di Kedah yang menjadi mangsa? Sekali lagi saya ingin bertanya, mengapa pemimpin PR (kes ini ialah PR Kedah) terikut-ikut rentak UMNO?

Dulu UMNO kacau kerajaan Selangor mengenai isu babi ini. Kini Kedah pula. Memang isu babi menjadi peluru bagi UMNO menembak PR. Pastinya setiap ulasan pemimpin PR Kedah akan menjadi bola tanggung UMNO. Tidak sedarkah wahai PR?

Saya tetap sokong Pakatan Rakyat.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger