Saya ada buku The Nadra Tragedy: The Maria Hertogh Controversy oleh Haja Maideen. Lama sudah dibeli, tetapi masih belum dibaca.
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.
Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.
Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.
7 comments:
dari berita yang kita terima nampaknya natrah menderita hingga keakhir hayatnya akibat cinta dan agamanya dirampas secara paksa pada tahun 1950 dulu.tragedi menyayat hati yang berlaku di tanah melayu.
Sdr Aosis,
Saya ada baca kisah Natrah semasa beliau di Belanda dalam siri pembongkaran kisah dalam Dewan Masyarakat lama dahulu. Saya lupa tahun berapa.
Beberapa keluaran Dewan Masyarakat ketika itu menerbitkan siri Natrah secara terperinci. Penulisnya ke Belanda untuk berjumpa Natrah di sana. Penulis itu juga ke Singapura bagi menjejaki keluarga di sana.
Memang menyedihkan.
ya saya juga ikuti penyelidikan Fatini Yaacob dari Dewan Masyarakat itu.
Saya pun, tak silapnya akhir tahun 80-an. Saya menangis dan sangat bersimpati dengan beliau..apatah lagi nama-nama kampung di Kemaman dan sekolah Chukai itu hanyalah bebapa kilometer sahaja dari rumah saya yang juga di Chukai, Kemaman.
Saya juga ikuti kisah menjejaki Natrah di DM tu (dan menyimpannya - tak jumpa pula di mana terselitnya...)
Terima kasih - saya juga link n3 tuan di blog saya
http://sab2.blogspot.com/2009/07/mindajumaat-kisah-natrah-dan-murtad.html
Sahabat semua,
Ada orang bertanya di mana UMNO ketika itu? Saya tiada jawapan. Saudara?
Saya juga terbitkan entri ini di blog buku saya. Menyorot rencana oleh Fatini Yaacob, majalah Dewan Masyarakat, DBP, April 1989. http://pasalbuku.blogspot.com
Seperti Tuan Sabtu, saya juga mencari-cari di mana saya simpan Dewan Masyarakat tersebut. Mungkin sudah dibakar. Sayang sekali...
Saya terbaca kisah Natrah ketika di zaman Universiti kerana semasa kisahnya di keluarkan majalah saya masih kecil tapi saya ragu-ragu tentang terbitan filem Natrah yang akan ditayangkan dan saya rasa versinya pasti diubahsuai supaya tidak menunjukkan kesalahan di pihak Belanda...
Post a Comment