Salju Sakinah biasa-biasa sahaja. Tidak menampakkan sebuah novel Islami yang cukup baik seperti mana pujian yang diberikan oleh pembaca-pembaca siri novel ini ketika ia disiarkan dalam akhbar Utusan Online.
Terus terang saya katakan bahawa ada ketika saya melangkau dalam pembacaan novel ini. Di separuh jalan pembacaan, sayacuba menyingkirkan rasa bosan, tetapi ia tetap mengejar nubari. Jangkaan saya tersasar dalam menilai isi kandungan Salju Sakinah.
Tarikan utama saya ialah desain kulit depan. Itu sebab awal mengapa saya membelinya. Ternyata juga penerbit PTS amat berjaya mempromosi novel ini sehinggakan kelemahan tidak muncul. Apabila mula membacanya, baru timbul banyak hal-hal yang kurang menarik. Khabarnya terlalu indah, namun rupanya tidak sama padan.
Mungkin saya lelaki, justeru itu pujian melangit oleh pembaca wanita tidak dapat saya benarkan. Memang isi dan isu novel ini biasa-biasa sahaja.
Maaf saudara Zaid Akhtar, saya terpaksa membandingkannya dengan novel Islami lain seperti Ayat-Ayat Cinta, Tunggu Teduh Dulu dan Kuseru Namamu Kekasih. Bandingan Salju Sakinah dengan Ayat-Ayat Cinta, jauh berbeza. Pastinya Ayat-Ayat Cinta jauh terkedepan.
Ciri-ciri wanita sabar, tabah dan tawakal yang dibawa oleh Sumayyah tidak sebanding dengan wanita tabah serta kental dalam Tunggu Teduh Dulu (karya Faisal Tehrani) yang dibawa watak Salsabila Fahim. Plot dan gaya penceritaan Salju Sakinah rapuh, malah ada kalanya bosan.
Pengorbanan Rayyan kerana Allah dan agama Islam, cinta Rayyan kepada Kekasih nan satu diceritakan dengan begitu baik oleh penulis Maya Airis lewat Kuseru Namamu Kekasih. Namun tidak dalam Salju Sakinah. Biasa-biasa sahaja.
Novel remaja Zaid Akhtar, Justeru Impian di Jaring, lebih menarik. Ianya merupakan sebuah kisah motivasi. Semangat yang hampir patah dapat dilentur kembali dengan tujuan murni. Demi agama dan negara watak utama mengenepikan segala tohmahan, rintangan dan kegagalan dahulu demi mengejar sebuah kejayaan.
Akhirnya jika dibandingkan dengan novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin, maka Salju Sakinah selangkah ke hadapan.
Salju Sakinah, alahai! Biasa-biasa sahaja. Jika ingin diberikan bintang, dari 5 saya hanya berikan 2 setengah sahaja. Seorang wanita yang sangat rapat dengan saya juga mengatakan Salju Sakinah tidak seindah kulit depannya.
Untuk penerbit PTS, di mana laungan perjuangan saudara memartabatkan bahasa Melayu tinggi? Masih banyak kedapatan penggunaan bahasa peringkat rendah di sana-sini, seawal dari halaman tiga! Ianya serupa seperti komen saya untuk novel sains-fiksyen Transgenesis. Andai penerbit lain, saya tidak berapa kisah sangat. Tetapi Salju Sakinah diterbitkan oleh PTS. Justeru kesalahan ini merupakan satu dosa terhadap mazhab perjuangan sendiri.
Salah satu komen pengunjung blog buku saya mengenai buku-buku PTS ialah "Kualiti kulit dan promosi memang top tapi kandungannya banyak yang menyedihkan." Siapa yang bersetuju, sila beri pandangan.
Terus terang saya katakan bahawa ada ketika saya melangkau dalam pembacaan novel ini. Di separuh jalan pembacaan, saya

3 comments:
Yang tak setuju boleh beri pandangan?
Cara paling elok rasanya komen pada Zaid Akhtar di Facebook dan PTS dengan emel. Pandangan ini bagus mewakili salah satu peratus 20% daripada pandangan yang sama.
Senyum Kambing: Dok tunggu Buana menulis pula
Aduh!
Saya setuju! Salju Sakinah biasa-biasa sahaja.
Tetapi, PTS berdosa sebab tak guna BMT? Hmm... bahaya betul.
-Guano pulok-
Post a Comment