Katak kembung Kedah: PKR seolah-olah gelojoh pilih calun!

Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Radzhi (foto – ingat muka ini elok-elok) sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi ADUN lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).


Saya ingin bertanya kepada pimpinan PKR. Andai sudah tahu perangai buruk Radzhi mengapa ambil dia sebagai calun dalam pilihanraya umum yang lalu? Sudah ketandusan orangkah untuk diangkat sebagai calun? Ini bukan perkara main-main.
Ini melibatkan kepimpinan dan wakil d
i dewan negeri dan menjadi penggubal undang-undang pula.

Jika pemilihan calun DUN dan Parlimen diambil mudah umpama serkap jarang dan bidang terjun, beginilah penyudahnya. Katak melompat serata negeri! Inilah dia antara elemen dan ‘anasir’ UMNO/BN dalam PKR yang masih utuh teguh dengan agenda perut dan nafsu. Ah! Apa sudah jadi dengan PKR? Datuk Seri Anwar, apa cerita bro?


Akhbar Harakahdaily melaporkan bahawa “ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.”


Sudah terang lagi bersuluh, mantan exco Kedah ini (baca: Katak Kembung) memang patut berambus dari Pakatan Rakyat. Saudara Radzhi, saudara tidak layak dipanggil wakil rakyat. Saudara adalah wakil nafsu dan mata duitan, serupa sahaja dengan sebilangan wakil UMNO di Parlimen dan Dewan Undangan negeri-negeri.

Untuk PKR, jadikan ini sebagai teladan. Pemilihan calun pilihanraya bukan perkara enteng dan isu kecil. Jangan diulangi jika tidak mahu ditolak rakyat!


Dalam pada itu, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mustapa Mohamed berkata “krisis keyakinan terhadap kepimpinan parti itu sebenarnya bermula di Kedah yang kemudian menular ke Pulau Pinang dan kini kembali ke Kedah semula.”

Tok Pa, ini bukan krisis keyakinan, tetapi PKR tersilap pilih orang untuk menjadi pemimpin. Sudah memang hati perut masih UMNO, sikap pun UMNO, jadi busuk UMNO masih tetap terpalit di tubuh saudara Radzhi. Apa mahu dihairankan? Elok sangat beliau keluar dari Pakatan Rakyat. Kalau tidak Radzhi umpama duri dalam daging, ibarat api dalam sekam. Juga gunting dalam lipatan!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger