Akhbar online Harakahdaily memetik Datuk Mahfuz Omar (foto kiri) pada sidang media menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan menyaman media yang telah mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah pembelian kapal selam.
Ianya penting bagi membersihkan imej bukan sahaja diri Najib, malah rakyat dan negara secara keseluruhannya.
“Saya kira Datuk (Seri) Najib perlu mengambil tindakan undang-undang khususnya terhadap media luar negara bagi membersihkan nama baik dia dan lebih besar daripada itu adalah membersihkan nama baik rakyat dan negara Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak lihat Datuk Najib mengambil tindakan undang undang," kata Mahfuz.
Sebelum ini media antarabangsa antaranya akhbar Perancis, Liberation mendedahkan kaitan Najib dengan Altantuya. Bagaimanapun tiada sebarang penafian dibuat. Isu itu juga telah menyebabkan nama Altantuya diharamkan dalam ceramah-ceramah kempen pilihanraya khususnya pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.
Jadi bagaimana Perdana Menteri Malaysia ke-6? Diam sahaja dengan segala tuduhan tersebut?
*** (Ads) We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.
Berkaitan: Untuk PM Najib: Majalah lucah Mangga mengapa tidak diharamkan?
Masuk syurga: Akhbar putar belit, Harussani melatah – TG Nik Abdul Aziz
2 comments:
Dia tak kan saman. Dia tau tembelang akan pecah dan satu dunia tau kes dia.Dia berani kat sini je. Sebab semua agensi kerajaan barua dia.Biar bapa simangsa bawa kes ke mahkamah antarabangsa dan Interpol gari si mamat ni. Imuniti dia kat sini je.
:-)
Post a Comment