Nizar/Zambry: Milenia Muslim tidak beramanah

Sahabat blogger saya, Tok Mudin, menyatakan bahawaMilenia Muslim adalah majalah yang agak kerap aku beli, di samping Off The Edge dan Forward. Edisi Ogos 2009 barangkali akan jadi naskhah terakhir majalah tersebut yang kubeli. Kerana menurut Us. Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak), Milenia Muslim tidak beramanah dan mungkir janji. Aku rasa majalah itu tidak sesuai lagi memakai nama Muslim.”

Terima kasih, sahabat. Ini membuka satu lagi pintu-pintu info yang harus diambil perhatian oleh umat Melayu/Islam dan seluruh rakyat Malaysia akan peranan UMNO dalam operasi kudeta di Perak. Ternyata juga majalah ini berniat jahat memesongkan fakta!


Saya salin tulisan Us. Ahmad Awang di blognya yang merupakan transkrip penuh ke atas pertanyaan wartawan Milenia Muslim. Penjelasan ini merupakan rentetan peristiwa kudeta di Perak yang masih tetap mendapat perhatian rakyat. Namun penjelasan Pesuruhjaya PAS Perak ini tidak disiarkan secara penuh oleh wartawan tersebut.


Milenia Muslim:
Boleh ustaz jelaskan siapakah sebenarnya punca krisis politik Perak hari ini kalau bukan ianya berpunca daripada ustaz seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Harussani?

Us. Ahmad Awang:
Sebenarnya punca krisis politik Perak ini segala-galanya bermula dari UMNO Perak yang tidak bersedia menerima kekalahan mereka dalam PRU ke-12 pada Mac 2008. Sejak dari keputusan diumumkan oleh SPR yang menunjukkan UMNO/BN Perak hanya memenangi 28 kerusi dari 59 kerusi DUN Perak, mereka terus merancang untuk menggagalkan penubuhan kerajaan Perak dari pakatan parti-parti pembangkang PAS/PKR/DAP.


Pada malam keputusan tersebut diumumkan UMNO telah menghubungi beberapa ADUN PAS untuk melompat parti dengan tawaran RM berjuta. Orang yang pertama mendapat tawaran itu ialah Ir. Hj.Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang (kini Dato' Seri).


Setelah saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan persetujuan PAS untuk bersama DAP dan PKR membentuk kerajaan di Perak, tidak berhenti-henti saya dihubungi oleh beberapa orang yang mewakili UMNO, diantaranya beberapa orang pegawai kerajaan. Bahkan saya ditemui oleh beberapa orang pemimpin PEKIDA yang saya percaya mereka mewakili UMNO.


Saya mendapat maklumat pihak UMNO cuba mempengaruhi istana untuk membentuk kerajaan minoriti dengan 28 ADUN kerana parti-parti lain memperolehi bilangan kerusi yang lebih kecil dari UMNO/BN. Akan tetapi kami berjaya memintas dengan membuat keputusan menubuhkan gabungan 3 parti yang kemudian dikenali dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.


UMNO terus cuba memujuk PAS dengan menghantar Dato' Zahid Hamidi untuk berbincang dengan saya, tetapi saya enggan berjumpa beliau. Beliau dan beberapa orang rakannya termasuk Dato' Amin Salleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan gagal berjumpa saya kerana rumah kediaman saya di Simpang Empat Semanggol dikawal ketat oleh Unit Amal dengan dibantu oleh beberapa orang polis. Kejadian itu berlaku pada malam 16 Mac 2008, sehari sebelum majlis upacara mengangkat sumpah Hj. Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.


Semenjak keabsahan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, UMNO Perak di bawah pimpinan Tajol Rosli mensasarkan beberapa tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila tarikh 31 Ogos 2008 yang diletakkan sebagai sasaran terakhir gagal dicapai oleh UMNO maka Tajol Rosli meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.


Lalu Dato' Seri Najib mengambil alih jawatan tersebut dan bermulalah episod rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan cara yang begitu gelojoh dan tidak demokratik seperti yang pernah disebut sendiri oleh Tun Dr Mahathir.
Bermula dari situ berlakulah suasana huru hara krisis politik Perak. Saya percaya semua perkara ini dapat disaksikan oleh Tan Sri Dato' Mufti Perak (penjelasan ini tidak disiar oleh MM).

Kenyataan penuh Us. Ahmad Awang di sini.
Berkaitan
:
Buku Fenomena Nizar

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger