Ramadhan bulan membaca, bukan bulan pesta makanan

Hari Jumaat dan Sabtu lepas (7 – 8 Ogos), pihak saya ada empat sesi food testing. Tiga darinya ialah untuk majlis walimah (perkahwinan) pada bulan Oktober dan November tahun ini, dan satu ialah untuk keraian Aidilfitri 1430 Hijrah. Alhamdulillah semuanya memperoleh maklum balas yang positif dari klien.

Ada beberapa sesi katering yang masih belum diuar-uarkan di blog katering. Sesi terakhir yang sempat diceritakan ialah pada 28 Julai, iaitu majlis komunikasi dalaman penyedia perkhidmatan Internet JARING.

Sorotan saya kali ini ialah bersangkut-paut dengan puasa di Ramadhan 1430 Hijrah tidak lama lagi. Elok amalkan banyak membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran dan buku-buku agama. Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian berat dalam perihal ini. Apa yang selalu menjadi budaya ialah pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan Ramadhan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.

Tidakkah kita mahu menyorot sejarah? Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar, berlaku pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan adalah bulan perjuangan. Ayat Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra (Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan juga bulan membaca.

Tidak pula saya kata tidak boleh makan. Iyalah, kita dah berlapar dan dahaga sepanjang siang, mahu juga makan sajian yang enak-enak ketika berbuka. Cuma berpadalah. Ramai sahabat kita umat Islam di Afrika, Palestin dan lain-lain negara bergolak dan miskin seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Mahu makan pun payah.

Berkaitan berbuka puasa di sepanjang Ramadhan 1430 Hijrah, Lusiana Catering ingin mengumumkan bahawa kini dibuka pesanan sajian berbuka puasa. Pihak saya cuma berhasrat untuk memenuhi paling banyak pun hanya dua pesanan seminggu. Pesanan minima ialah 70 pax.

Dalam pada itu, seperti di awal entri ini, pesanan bagi majlis keraian Aidilfitri juga dibuka, insyaAllah. Pakej termasuk makanan, kanopi dan layanan VIP/VVIP. Saya paparkan beberapa foto di majlis berbuka puasa tahun lepas.

Photobucket
Photobucket

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger