Selangor: Halang jual arak untuk Muslim pun tidak boleh?

Report says that Prime Minister Najib Abdul Razak, who is also Selangor Umno chief, says he is determined to have the Pakatan Rakyat-ruled state back in Barisan Nasional's fold.

Justeru itu tidak menghairankan jika UMNO terus cuba untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Selangor. Isu terkini yang dimainkan oleh UMNO ialah penjualan arak di Shah Alam.


Hasrat Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat perubahan terhadap peraturan majlis perbandaran bagi mengehadkan penjualan arak hanya kepada bukan-Islam kelihatannya mendapat sedikit bantahan dari pemimpin DAP Selangor.


Apabila berlaku sedikit pergeseran di antara PAS dan DAP Selangor, tidak semena-mena UMNO pun terlompat bagai beruk terkejut. Inilah masanya UMNO bertempik menjadi juara Islam, kononnya.


Hasilnya ialah Pergerakan Pemuda Umno melalui ketuanya Khairy Jamaluddin “mencabar PAS keluar daripada pakatan pembangkang.” Di Alor Gajah, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam “mencabar Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali keluar dari pakatan pembangkang jika dia memiliki niat yang betul, dan serius untuk menegakkan agama Islam dalam pentadbiran kerajaan.”


Hairan saya, selama ini semasa pemerintahan UMNO/BN, arak dijual malah diteguk di merata tempat dan majlis tidak pula mereka bising-bising. Sudah terang lagi bersuluh bahawa suara-suara mabuk kuasa UMNO itu hanyalah sekadar keinginan supaya PR Selangor lebih berkecamuk.


Dalam pada itu, ingin saya menegur sikap Exco DAP Selangor, Ronnie Liu. Mengapa saudara Ronnie kecoh berkenaan perkara yang menyentuh hal halal-haram dalam Islam? Dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat, saudara Ronnie ‘kelihatan’ angkuh dan berlagak.


Perubahan peraturan majlis perbandaran tuntutan PAS Selangor ialah supaya negeri itu melaksanakan larangan menyeluruh penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam. Saya ulang ‘di kawasan majoriti penduduk Islam.’ Bukannya di kawasan majoriti Cina/bukan-Islam.


Meminum arak dan semua aktiviti berkaitan memang jelas haram (FORBIDDEN AT HIGHEST LEVEL!) hukumnya dalam Islam. Itu adalah hak umat Islam dan menjadi tanggungjawab PAS memperjuangkannya. PAS dan Islam tidak menghalang komuniti bukan-Islam meminumnya.

Kalau hendak dikata, boleh begini; “Minumlah sampai pengsan dan lintang-pukang pun. Kami orang Islam tidak akan sibuk-sibuk jaga tepi kain saudara semua.” Itu hak saudara bukan-Islam, dan hak kami pula ialah umat Islam memang haram menyentuhnya. Mengapa tidak boleh umat Islam mempraktikkan ajaran agama kami?


Saya sangat berharap saudara Ronnie Liu bijak menangani hal ini. Jangan isu ini menjadi bola tanggung UMNO/BN masuk jarum. UMNO/BN hanya menunggu masa dan saat terbaik bagi menyerang PR dan menjaja apa sahaja isu dalam surat khabar jahanam mereka.


Usaha PAS Selangor melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak susulan kontroversi pengharaman minuman itu sangat dialu-alukan. Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri bermula selepas solat Jumaat 7 Ogos 2009 lalu.


Dalam pada itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya peraturan melarang penjualan arak secara terbuka dan di kawasan majoriti penduduk Melayu Islam.


PGSM menyatakan pendirian itu bagi mengulas kekecohan yang timbul di negeri Selangor berhubung larangan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu Islam di negeri Selangor dengan tindakan Exco Ronnie Liu yang campurtangan terhadap tindakan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam.


Di sini saya sertakan dua komen menarik dari warga Cina kita yang sedar akan bahayanya minuman keras dijual secara meluas di Malaysia. Sahabat Cina ini ternyata faham dalam perkara yang menyentuh agama masing-masing. Yang pertama saya petik dari laman berita Malaysiakini, begini:

Jeg Hui: Only a few months ago, people were saying Ketuanan Rakyat as a new slogan for a new Malaysia. So if the rakyat of Shah Alam, for example, as a Muslim-majority area, agree on the ban of alcohol, so be it. It's not a matter of the big picture or not when dealing with 'babi or beer' (as argued by Shamsul). It's about giving the power back to the people.

And what the heck is this about banning beef in a Hindu-majority area? There is NO Hindu majority area in any constituency in
Malaysia to start with (MK). I have been living in London for years now and I don't feel offended if there is limited halal meat in my area. Heck, my canteen don't serve halal meat at all! Do I feel offended? No, why? Because I know that I am the minority here.

I don't see anything wrong with banning alcohol even in a non-Muslim majority area. Alcohol is bad for the society. And this Dato' commented about incest being worse than alcohol - well, let me tell you that most 'Haruan Makan Anaks' are under the influence of alcohol before raping their daughters, Muslims or not.


I can't believe it that these so-called intelligent people are defending the selling of alcohol. Do you actually believe that it's okay for your children to consume alcohol late at night? (Source: Malaysiakini)


Komen yang kedua saya ambil dari salah satu blog saya, Dunia Sutera. Begini:

Bangsa Cina Malaysia: Close down all karaoke and places selling beer and liquor immediately. Top Chinese executives from all companies under the pretext of entertaining customer after work are wasting their time and increasing the company's expenses. On top of this nonsense hanky panky are aplenty.

The government should ban all this nonsense immediately and urged all executives and above to go back to their respective families after work. I am Chinese and I support PAS 100% on banning of alcohol.


Alcohol is nothing but trouble. Marriages are crumbling becoz of this nonsense. I am very sure all the Chinese housewives and whatever will support 100% PAS good intention.


DAP/PKR please think out of the box.
Remember we voted for changes. Drinking and gambling are not part of Chinese culture.
Related: Abusing alcohol - Alcohol dependence is a serious disease
Ramai remaja Islam yang tergolek mabuk - Iskandar

4 comments:

Anonymous said...

wahai bangsa melayu dan seorang Islam,kita jangan taksub terhadap sesuatu.Cuba lihat dimana kedudukan kuasa politik orang melayu sekarang?adakah suara PAS didengar oleh DAP dan PKR berkenaan isu arak?Tiada agama pun didunia ni membenarkan seseorang tu minum arak kerana arak mendatangkan banyak masalah sosial kepada rakyat.So kenapa arak perlu dijual?Cuba fikir2 lah.Sebagai seorang Islam perlulah berpandukan kepada ajaran Al-Quran.Jangan menghalalkan sesuatu kerana kepentingan politik.Wahai orang melayu dan rakyat Selangor,sedarlah anda apa telah berlaku apabila pakatan rakyat memerintah sekarang?

Anonymous said...

Kalau pimpinan UMNO dulu penulis blog kata membenarkan penjualan arak,kenapa pimpinan PR tidak boleh mengharamkan penjualan arak.rakyat pilih PR rakyat demi untuk perubahan tapi bukan untuk menambahkan masalah yang sedia ada.bagi penulis blog ni boleh saya katakan anda terlampau taksub.Cuba tengok keadaan politik sebenar yang berlaku dinegara kita.Kalau anda pro pembangkang janganlah jadi bodoh sombong.kalau anda seorang melayu,janganlah memperbodohkan bangsa sendiri.kalau anda seorang Islam perlulah berpandukan kepada ajaran yang sebenarnya berpandukan Al-Quran.Jangan sampai 1 hari nanti keturunan Melayu menjadi hamba kepada bangsa lain.jangan sentisa salahkan UMNO.setiap orang ada lakukan kesalahan.Yang penting kita perlu memperbaiki diri kita sebelum kita mengutuk dan menyalahkan orang lain.Islam dan tiada mana2 agama membenarkan mengutuk orang lain.Sedarlah wahai umat Islam.

Buana Ini said...

Sdr Anonymous berdua/seorang,

Terima kasih atas saranan. Kita sama-sama fikir, ok.

Anak Perelih said...

yang taksub adalah 2 orang anon yang bagi komen.. bukan Buana Ini

Masalah arak ni.. nampaknya lebih baik dizaman PR dari zaman UMNO/BN.. kerana pada zaman BN... semua komplen dan aduan pasai penjualan arak ni tak dilayan.. dan disenyapkan sampai Khir ToyoL pun tak perasan arak dijual di 7-11 Shah Alam.. bongok betul bekas MB tu.. nampak sangat tak turun ke akar umbi... tapi zaman PR ni... ia naik jadi isu dan didebatkan... jadi orang akan sedar masalah arak yang dijual secara berleluasa ini....

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger