Hari ini (8 Ogos) berakhirlah "gag order" ke atas para Exco. Arahan agar mereka tidak membuat kenyataan tentang isu arak dan MBSA.
Semalam Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan agar tidak ada larangan menjual arak di kawasan majoriti Islam. Tetapi para penjual harus melaksanakan "self-restraint" atau kawalan kendiri. Garis panduan lengkap akan dikeluarkan dalam masa satu bulan.
Keputusan itu dibuat di dalam satu pertemuan bersama para peniaga dan pihak-pihak berkuasa tempatan pada pagi semalam (7 Ogos). Saya tidak hadir di dalam pertemuan itu kerana tidak mendapat jemputan.
Pada saya, kawalan sendiri akan berjaya jika ada ancaman. Adakah para peniaga arak itu akan melakukan kawalan sendiri kerana takut kepada amaran Allah? Pada saya tidak ada ancaman atau tidak ada dorongan bagi para peniaga untuk melakukan kawalan sendiri kecuali kita "membantu" mereka.
Bagaimana? Maka saya menggesa agar untuk memastikan keputusan Menteri Besar itu berjaya, umat Islam mestilah memboikot kedai-kedai serbaneka yang menjual arak di kawasan majoriti Islam. Kalau hendak memboikot semua rangkaian kedai-kedai itu juga lebih baik sehingga mereka melakukan "kawalan sendiri" tersebut.
Mungkin ada yang berkata, "Ramai yang bekerja orang Melayu juga."
Saya yakin ini satu lagi sebab kenapa kita perlu memboikot. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka dari terus terbabit dengan penjualan arak. Lagipun kita bukan hendak memaksa kedai-kedai itu ditutup tetapi hanya untuk memastikan mereka tidak menjual arak di kawasan majoriti Melayu.
Saya merasakan saat yang kita lalui sekarang merupakan saat penting yang akan tercatat di dalam sejarah. Adakah umat Islam mempunyai sentiviti yang sama seperti masyarakat India apabila kuil Rimba Jaya dirobohkan? Adakah umat Islam sekarang mempunyai sensitiviti yang sama seperti ketika Natrah dibawa lari oleh penjajah Inggeris? Atau kita mengambil sikap tidak apa. Biarkan mereka menjual arak kepada belia-belia Islam. Biarkan generasi muda Islam terus dirosakkan.
Saya yakin umat Islam akan dapat memaksa kedai-kedai itu melakukan kawalan sendiri. Betapa hebatnya umat Islam keluar berpuluh-puluh ribu untuk membantah ISA. Betapa prihatinnya umat Islam turut membantah tindakan SPRM ke atas Teoh Beng Hock.
Maka demi masa depan umat Islam, terutamanya masa depan generasi akan datang janganlah kita berdolak-dalih. Lakukanlah apa yang sewajarnya. Tidak payahlah hendak mempertikaikan siapa yang membuat keputusan atau telah dirujuk kepada mesyuarat ini atau mesyuarat itu. Setiap malam ramai remaja Islam yang tergolek mabuk di sini dan di sana. Mahu tunggu apa lagi? Abusing alcohol - Alcohol dependence is a serious disease
Semalam Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan agar tidak ada larangan menjual arak di kawasan majoriti Islam. Tetapi para penjual harus melaksanakan "self-restraint" atau kawalan kendiri. Garis panduan lengkap akan dikeluarkan dalam masa satu bulan.
Keputusan itu dibuat di dalam satu pertemuan bersama para peniaga dan pihak-pihak berkuasa tempatan pada pagi semalam (7 Ogos). Saya tidak hadir di dalam pertemuan itu kerana tidak mendapat jemputan.
Pada saya, kawalan sendiri akan berjaya jika ada ancaman. Adakah para peniaga arak itu akan melakukan kawalan sendiri kerana takut kepada amaran Allah? Pada saya tidak ada ancaman atau tidak ada dorongan bagi para peniaga untuk melakukan kawalan sendiri kecuali kita "membantu" mereka.
Bagaimana? Maka saya menggesa agar untuk memastikan keputusan Menteri Besar itu berjaya, umat Islam mestilah memboikot kedai-kedai serbaneka yang menjual arak di kawasan majoriti Islam. Kalau hendak memboikot semua rangkaian kedai-kedai itu juga lebih baik sehingga mereka melakukan "kawalan sendiri" tersebut.
Mungkin ada yang berkata, "Ramai yang bekerja orang Melayu juga."
Saya yakin ini satu lagi sebab kenapa kita perlu memboikot. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka dari terus terbabit dengan penjualan arak. Lagipun kita bukan hendak memaksa kedai-kedai itu ditutup tetapi hanya untuk memastikan mereka tidak menjual arak di kawasan majoriti Melayu.
Saya merasakan saat yang kita lalui sekarang merupakan saat penting yang akan tercatat di dalam sejarah. Adakah umat Islam mempunyai sentiviti yang sama seperti masyarakat India apabila kuil Rimba Jaya dirobohkan? Adakah umat Islam sekarang mempunyai sensitiviti yang sama seperti ketika Natrah dibawa lari oleh penjajah Inggeris? Atau kita mengambil sikap tidak apa. Biarkan mereka menjual arak kepada belia-belia Islam. Biarkan generasi muda Islam terus dirosakkan.
Saya yakin umat Islam akan dapat memaksa kedai-kedai itu melakukan kawalan sendiri. Betapa hebatnya umat Islam keluar berpuluh-puluh ribu untuk membantah ISA. Betapa prihatinnya umat Islam turut membantah tindakan SPRM ke atas Teoh Beng Hock.
Maka demi masa depan umat Islam, terutamanya masa depan generasi akan datang janganlah kita berdolak-dalih. Lakukanlah apa yang sewajarnya. Tidak payahlah hendak mempertikaikan siapa yang membuat keputusan atau telah dirujuk kepada mesyuarat ini atau mesyuarat itu. Setiap malam ramai remaja Islam yang tergolek mabuk di sini dan di sana. Mahu tunggu apa lagi?
6 comments:
Mari boikot 7-11 yang degil...
http://anakperelihblog.blogspot.com/2009/08/isu-arak-di-selangorshah-alam-puncanya.html
Ya, elok sangat kita BOIKOT!
wahai bangsa melayu dan seorang Islam,kita jangan taksub terhadap sesuatu.Cuba lihat dimana kedudukan kuasa politik orang melayu sekarang?adakah suara PAS didengar oleh DAP dan PKR berkenaan isu arak?Tiada agama pun didunia ni membenarkan seseorang tu minum arak kerana arak mendatangkan banyak masalah sosial kepada rakyat.So kenapa arak perlu dijual?Cuba fikir2 lah.Sebagai seorang Islam perlulah berpandukan kepada ajaran Al-Quran.Jangan menghalalkan sesuatu kerana kepentingan politik.Wahai orang melayu dan rakyat Selangor,sedarlah anda apa telah berlaku apabila pakatan rakyat memerintah sekarang?
untuk muhasabah, paling kurang ada tindakan nahi mungkar dibuat dilaksnakan dan disebar, tahniah kepada pihak MBSA dalam perkara ini, tak guna kita menoleh kebelakang tapi saya bosan dengan pihak yang memandang perkara ini dari sudut yang kecil dan menyalahkan orang lain apa yang berlaku sekarang. Terimakasih juga kepada kerajaan dulu kerana tidak membenarkan panggung wayang, kedai judi dan pusat-pusat hiburan.. itu kena admit.. cuma nak tanya ada tak apa-apa kenyataan atau tindakan kerajaan yang dulu pasal nak menyekat jualan arak di 7/11 di Shah Alam, atau kalau ada sekarang sekalipun tunjukkan kawasan bawah jajahan takluk anda yang dilarang jual arak di kawasan majoriti Islam.
Salam. Isu yang lebih besar di hadapan kita sekarang, bukan setakat isu arak di Selangor yang cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan kelemahan Pakatan ditelanjangkan kepada umum supaya orang selangor mengundi semula mereka nanti.. (mana tau ye..?). Jangan kita terlupa isu-isu yang lebih besar, bukar sekadar di Selangor tetapi Malaysia. Soal 'pembasmian' arak..insyaAllah dapat ditangani secara berhemah oleh pimpinan PR..beransur2, peringkat demi peringkat.
Isunya yang lebih utama yang perlu diberi perhatian oleh kita (bakal pengundi) ialah soal pentadbiran yang bersih, governance; soal membebaskan negara dari pentadbiran yang korup, yang seringkali menggunakan media sycophant utk terus berkuasa; isu keadilan utk semua; isu pembahagian kekayaan negara secara yang lebih telus dan adil; isu membanteras penyalahgunaan kuasa dan meletakkan Islam di tempat yg. sepatutnya, dan sebagainya. Ini 'isu gajah' yang sedang berada di depan kita semua. Soal titik bengik, kutu dan tungau yang lebih kecil barangkali boleh ditangani kemudian, setelah rakyat mula sedar dan insaf apakah sebenarnya persolan pokok yang kita hadapi semua.
Bacalah maklumat daripada sumber yang tidak terbelenggu, bukan propanganda atau dakyah licik dan halus. Gunakan daya pemikiran yang mana kita semua rata-ratanya mampu menganalisa, pandang dan fikir rasional dan lihat secara kritis dari pelbagai sudut akan sesuatu
persoalan yang timbul. Mudah-mudahan kita tidak menjadi batu loncatan atau kuda tunggangan mana-mana pihak. Dan yang kalau boleh cubalah fahami mesej Al-Quran (kemudian ukurlah, kerana ia adalah 'benchmark' atau 'norm' yang sepatutnya kita gunakan bagi 'mengukur' sesuatu permasalahan, bukan yang lain. Nilai2 universal yang lain (asalkan tidak menyalahi AlQuran) seperti jujur, amanah, ikhlas dan sebagainya boleh juga kita ambil dan jadikan panduan untuk menilai sesuatu. Wallahu 'allam.
Assalamualaikum & salam Ramadhan 1430 Hijrah.
Untuk para sahabat yang memberikan komen membina, alhamdulillah. Itulah matlamat saya. SUBHANALLAH!
Post a Comment