Berpesan-pesan untuk berbuat kebajikan adalah tanggungjawab bersama. Mungkin kesedaran tentang pentingnya pesanan 'amar makruf nahi mungkar' inilah maka kumpulan nasyid Rabbani tidak teragak-agak sering menitipkan nasihat sesama rakan artis, lapor mStar Online baru-baru ini. (Foto kiri: Amy Search & isteri semasa menziarahi aruah Us. Asri)
"Memang benar semua insan, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, sentiasa akan menghadapi masalah dalam hidup, malah seorang ustaz juga sentiasa menghadapi masalah," jelas Ustaz Mohd Asri Ibrahim selaku penyanyi utama Rabbani.
Subhanallah. Rupa-rupanya mungkin inilah pesan/nasihat terakhir aruah Ustaz Asri. Baca lagi nasihat beliau di bawah sebelum kembali dijemput Allah. Semoga saya dan saudara artis atau bukan artis, mengambil iktibar untuk kebaikan bersama.
Ustaz Asri tanpa berselindung mengakui dia juga pernah menasihati sahabat baiknya sendiri, penceramah dan penyanyi Ustaz Akhil Hayy yang dilanda begitu banyak kontroversi di dalam rumah tangganya hingga membawa kepada penceraian.
"Saya dengan dia (Akhil) memang rapat, cuma tidak semua hal-hal individu dia saya tahu lagipun dia sendiri tidak pernah ceritakan pada saya. Saya tidak kisah jika dia hendak berceraikah, kahwin lagi atau tidak, tapi saya pernah nasihatkan dia supaya menjauhi perkara yang mendatangkan fitnah.
"Saya sudah cakap kepadanya, kalau betul dia tidak buat semua perkara ini, jadi dia perlu jauhi benda-benda yang mendatangkan fitnah pada dia.
"Tapi macam-macam cerita keluar pasal dia dekat
"Bagi saya Akhil ada ilmunya sendiri, jadi dia lebih tahu bagaimana untuk menangani masalah dia sendiri dan biar peminat-peminat dia yang fikir hendak sokong dia atau tidak," katanya.
Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.
"Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.
"Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga sama ada kita rajin sembahyang atau tidak.
"Kalau kita rajin sembahyang, insyaAllah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t," jelasnya lagi.
Semoga Allah cucuri rahmatNya kepada gemulah Ustaz Asri dan ditempatkan di kalangan Mukmin yang dijanjikan rahmat dan keampunan. Amin!
1 comments:
Salam.
Mudah-mudahan para artis kita dapat bersama-sama mendekati dan menghayati ajaran agama, insaf
sebelum semuanya terlambat..
Post a Comment