Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) tetap mengambil pendirian tidak menggalakkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi penjualan kepada bukan Islam kekal seperti biasa.
Datuk Dr Hasan Ali, exco hal-ehwal Islam Selangor, dan Ronnie Liu, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar pada 13 Ogos 2009 lepas, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.
Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.
Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.
Hasan menafikan mereka berdua mendapat arahan pimpinan tertinggi PR supaya menutup kes tersebut bagi memberikan gambaran baik hubungan PAS dan DAP di depan umum.
“Kamu media, kita tutup pun, kamu buka juga. Perbincangan dalam media ini natural. Saya nampak rakyat Selangor berbeza dengan di tempat (negeri) lain. Suatu perkara yang hendak disampaikan, mereka sudah ada ilmu tentang perkara itu. Kalau media hendak main pun, tak makan (tidak berkesan),” kata ADUN Gombak Setia itu.
Ronnie pula berkata, PAS dan DAP tidak perlu takut pada perbezaan antara kedua-duanya kerana sentiasa ada penyelesaian untuk terus bekerjasama.
“Isu ini telah selesai. Kita sudah ada kawalan kendiri, kita tinggalkan perkara itu sebagai percubaan (selama sebulan). Kita tunggulah hasil yang memuaskan selepas ini,” kata ADUN Pandamaran, Ronnie.
Berkaitan: Selangor: Haramkan jualan arak di kawasan penduduk Islam - Hasan Ali
Selangor: Halang jual arak untuk Muslim pun tidak boleh?
Kerana PRU12, Nizar dan Teoh Beng Hock, keputusan dangkal tapis internet?
Aku benci ISA dan simpati dengan mendiang Teoh Beng Hock
Bantah ISA: Tahniah rakyat Malaysia pada 1 Ogos 2009

0 comments:
Post a Comment