PRK Permatang Pasir/Fenomena Nizar: UMNO Pahang dan PPSMI

Pejabat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengeluarkan pengumuman bahawa Dato’ Alimudin Syawal, ketua cawangan UMNO Bukit Bendera Mentakab merangkap ahli jawatankuasa bahagian UMNO Temerloh, Pahang telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lalu di Mentakab, Pahang. Diharapkan semoga Alimudin tidak menuruti jejak langkah penghianat amanat rakyat di Perak dahulu.


Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dapat meredakan perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).


Jumaat ini, empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen bagi memenangkan calon PAS Mohd Salleh Man atas pendiriannya membantah dasar kontroversi itu, lapor Malaysiakini.


Setiausaha gabungan NGO itu Hasni Abas memberitahu laman berita itu hari ini, Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.


"GMP akan berada di Permatang Pasir pada 21 Ogos malam. Pak Samad dan exco GMP akan ke sana," jelas Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


Pautan:
SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa

Fenomena Nizar: Setiap ahli PAS kena baca buku mengenai politik
Bahasa Melayu Tinggi selari dengan al-Quran – PTS

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger