ISA bercanggah dengan Quran dan sunnah Muhammad – Saari Sungib

20 Ramadhan 1430H: Saudara Saari Sungib, mantan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan penulis buku Suara Dari Kamunting 1 dan 2 menyatakan secara terang-terangan dalam bukunya berkaitan soal-siasat Polis Cawangan Khas (SB) Malaysia terhadap beliau selama 54 hari di bilik rahsia polis. Kedua-dua buku itu merupakan koleksi bahan-bahan yang dikemukakan beliau dalam hujah representasi kepada Lembaga Penasihat Kamunting pada 6 dan 11 September 2001 yang lalu. Representasi ini adalah ‘demi membela diri terhadap tahanan tanpa bicara di bawah ISA.”

Harus diingat bahawa pendedahan berkaitan penahanan di bawah ISA dalam buku itu tidak dapat diragui kerana beliau seorang yang sudah menghasilkan lebih dari 20 buah buku.
Justeru beliau memberi penekanan fakta bahawa “pertanggungjawaban terhadap kebenaran penulisan” ini amatlah penting.

Ketika berhujah dalam debat bertajuk ISA: Haram atau Halal? anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) baru-baru ini, dengan kepetahan berhujah dan mengeluarkan beberapa potong ayat suci Quran, pengajaran daripada sirah Nabi Muhammad SAW, dan kaedah fiqhiyyah yang digarisi ulama, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib menggariskan empat sebab utama mengapa ISA dan penahanan tanpa bicara seharusnya dimansuhkan oleh kerajaan.


“Penahanan tanpa bicara (adalah) salah satu perkara yang tidak boleh pertahankan. Ini kerana semua piagam antarabangsa dan semua agama mengutuk sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara,” kata Saari yang pernah dua kali ditahan di bawah ISA pada 1999 dan 2001.


Beliau menegaskan ISA bercanggah dengan amalan dan arahan yang ditetapkan oleh Quran dan sunnah. Saari berkata, sewaktu dalam tahanan, beliau pernah menghantar hujah-hujahnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengapa akta kontroversi itu perlu dimansuhkan.


Kemudian, tambahnya, selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau juga berjumpa dengan mufti-mufti di Malaysia untuk mengetahui berhubung kedudukan perkara tersebut.


Pertanyaan saya, "Saudara ada mendengar apa kata para mufti, terutamanya Mufti Perak Tan Sri Harussani"?.

Berkaitan:
Dua Wajah membuka rahsia kezaliman penggunaan ISA
Penggunaan ISA secara melulu tidak boleh dimaafkan

Bantah ISA: Tahniah rakyat Malaysia pada 1 Ogos 2009

ISAkan Lembu Ekstrem: Rodziah tersilap cakap atau akhbar salah petik?
ISA sangat luas kuasanya - Kassim Ahmad

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger