Inisiatif PAS Untuk Semua bukan sekadar slogan

Tahukah saudara bahawa inisiatif Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memperkenalkan PAS Untuk Semua (PAS For All) sudah melebihi 2 tahun. Ianya sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancaran PAS Untuk Semua pada 11 September 2007 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center (WTC) di Amerika Syarikat yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.


Malah tempias itu juga turut terpalit pada PAS, sebuah parti politik yang rata-rata mengetahui Islam sebagai dasar perjuangannya. Fenomena tersebut sekaligus memberi kebimbangan bahawa matlamat PAS untuk menarik sokongan bukan Islam akan terbantut.


Semoga inisiatif PAS Untuk Semua bukan sekadar slogan sahaja.

P/s: Bisik-bisik di alam maya, ada yang salahkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali atas kekalahan teruk PAS/PR di Bagan Pinang. Benarkah? Juga majoriti undi Cina dan India memangkah UMNO/BN?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger