Tuntutan hak royalti minyak Kelantan belum selesai. Kerajaan pusat yang dikuasai UMNO/BN terus angkuh dan berdalih. Saya tidak nampak penyelesaian dalam masa terdekat. Memang begitu perangai UMNO/BN, walau siapapun yang menjadi pemimpinnya. Busuk hati, dengki dan penuh haloba!
Mungkin ia akan nampak sedikit sinar jika menghampiri pilihanraya umum ke-13 nanti. Kita lihat dan tengok sahaja. Justeru itu dapat saya dan saudara satu Malaysia simpulkan bahawa slogan 1Malaysia hanyalah retorik politik UMNO/BN yang sudah lumpuh!
Laporan Harakahdaily mengatakan bahawa Kelantan akan meneruskan misi tuntutan hak royalti minyak negeri itu dengan memanggil bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberi penjelasan kedudukan sebenar kepada rakyat negeri itu.

Exconya, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu telahpun dipersetujui Tengku Razaleigh dalam pertemuan mereka sewaktu di parlimen baru-baru ini.
Antara lain Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu akan memberi penjelasan berhubung perjanjian antara kerajaan negeri (Kelantan) dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975.
Selain itu, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah syarikat guaman untuk menjadi panel menuntut wang royalti tersebut.
0 comments:
Post a Comment