Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.
"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Iklan broadband P1 wimax tersebut memang berkesan. Saya salah seorang yang teruja dangan iklan bunting serta iklan di TV telah melanggan perkhidmatan P1 wimax ini. Namun saya masih belum memotong talian broadband Maxis yang digunakan sejak setahun lebih yang lalu.
Antara faktor saya menggunakan P1 wimax ialah kapasiti broadband 20 gigabait sebulan. Berbanding dengan Maxis yang hanya menawarkan kapasiti 3 gigabait. Sepanjang penggunaan broadband Maxis, 3 gigabait hanya cukup untuk dua minggu. Selepas itu talian akan menjadi sangat perlahan. Justeru itu saya melanggan broadband P! wimax sebagai alternatif atau back-up kepada Maxis.
Walau apapun, talian broadband P1 wimax juga kadang-kadang perlahan. Kaedah ‘penggunaan sama rata’ menjadikan saya sakit kepala.
Secara purata, mutu perkhidmatan broadband di Malaysia masih lagi boleh dipertikaikan. Janji kelajuan yang memberansangkan kerap meleset. Ini juga perlu dipantau dan diambil tindakan oleh SKMM.
0 comments:
Post a Comment